Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

5G, 4G & 3G. Kelajuan Manakah Sebenarnya Telefon Kita Pakai?

Teknologi 5G semakin berkembang dan maju di media dan berita yang kita dengar saban hari. Khabarnya di negara kita. Namun begitu, masih timbul persoalan berapa G yang yang kita sedang gunakan? Adakah kita benar-benar berada pada kategori 5G? Baiklah. Umumnya jika anda duduk di bandar-bandar utama atau pekan besar, mudah untuk mendapatkan capaian 4G tetapi realitinya kelajuannya tidaklah seperti 4G pun. Bergantung kepada pelan internet yang anda beli, kelajuan yang anda capai biasanya tidak seperti yang diharapkan. Jika anda berada di lokasi yang sesak seperti taman perumahan atau rumah pangsa yang sempit, pasti akan berlaku kesesakan data internet. Ini menyebabkan kelajuan data akan berkurangan. Jika anda berada di kawasan kampung, biasanya capaian internet agak lemah bergantung kepada lokasi anda berada. Jika berdekatan dengan menara pemancar, mungkin lebih baik. Namun begitu, semakin terpencil kampung itu dan lokasi anda, semakin lemah capaian data walaupun kelihatan masih ada 4G ata...

Mengapa Terowong Jalan Raya Kurang Dibina Di Negara Kita Pada Zaman Sekarang

Terowong, itulah yang kadangkala kita ingin jumpa terutama sekali jika memandu di Jalan Raya. Melalui terowong dengan keretapi atau LRT itu perkara biasa tetapi tidak jika memandu kenderaan di Jalan Raya. Kecuali Terowong Smart yang juga bertujuan untuk mengawal banjir dan mnegurangkan kesesakan akibat kekuranagn ruang. Mengapakah kini terowong tidak lagi menjadi penting di Jalan Raya mahupun Lebuhraya?

Bank Digital Yang Semakin Berkembang

Mengapakah perbankan tradisional seperti yang diamalkan di kaunter dan bank penyimpanan wang sejak dahulu semakin tidak relevan? Apakah yang sedang berlaku pada zaman kini? Serangan Bank Digital semakin rancak dan mungkin akan menggantikan konsep perbankan tradisional dari masa ke semasa.

Benarkah Bahan Api Fosil Tidak Akan Digunakan Lagi?

Buat masa ini, bahan api fosil seperti petrolium dan arang batu masih menjadi sumber yang penting kepada dunia. Walaupun sumber tenaga diperbaharui seperti tenaga suria dan lain-lain semakin berkembang. Namun, ia masih perlahan dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan tenaga yang semakin meningkat. Ramai yang kononnya pakar yang cakap bahawa bahan api fosil tidak akan digunakan lagi dalam masa 20 hingga 30 tahun akan datang. Benarkah pendapat itu?

Era Kenderaan Elektrik Akan Bermula?

Mungkin tidak ketara di negara kita atau di rantau Asia Tenggara, namun era kenderaan elektrik sebenarnya semakin rancak di negara-negara maju. Negera-negara seperti USA, China, Japan, Germany dan UK contohnya semakin menggunakan kereta Elektrik terutamanya di bandar-bandar.

Bateri Smart TAG Yang Cepat Habis, Apakah Penyelesaiannya?

Penyelesaian terbaik untuk bateri (9V Empat Segi) Smart Tag yang cepat habis ialah tak payah pakai bateri kerana memang ia akan habis cepat.  Jadi nak pakai apa? Ya, gunakan power bank sepertimana telefon anda pakai. Anda perlu membeli satu peralatan kecil yang bernama '5V USB to 12V Converter' yang terdapat di Lazada atau Shoppe. Harganya tidaklah mahal sangat pun. Satu cara lagi adalah gunakan Smart RFID Chip tetapi peralatan baru ini tidak terdapat di semua Plaza Tol.  

Isu Pemanasan Global

Apabila sebut isu Pemanasan Global di Malaysia, tiada siapa mahu bercakap tentang perkara ini. Belum dengar pun sudah mengantuk, apatah lagi membacanya. Cikgu sekolah sekalipun bosan membincangkan isu pemanasan global apatah lagi murid-murid? Tetapi jika anda sudah tua dan merasakan tak lama lagi nak hidup di dunia ini, memang tak perlu fikir. Jika anda orang muda yang akan hidup di dunia lebih daripada 20 atau 30 tahun lagi, anda sebenarnya mesti memikirkan perkara ini. Mengapa pemanasan global ini isu besar? Apa kaitannya, cuaca panas atau aircond rosak? Buat apa nak fikir? Antara kerosakan ketara bakal berlaku nanti adalah kenaikan air laut dan hakisan pantai yang keterlaluan. Kemusnahan hutan memang tidak boleh dielakkan lagi 

Macamana Nak Jadi Kaya Raya? Ada Idea, sila baca dahulu.

Semua orang naik jadi kaya raya atau setidaknya berangan mahu menjadi kaya. Kecuali jika anda memang sudah kaya, sama ada anda anak orang kaya, anak orang-orang besar yang berharta dan memang sudah kaya. Memang anda tidak perlu fikir perkara ini. Cara nak jadi kaya adalah banyak tetapi jalannya hanya satu iaitu: Buat bisnes. Anda sebenarnya takkan jadi kaya jika: -Bekerja kuat siang dan malam demi mengejar keuntungan yang sedikit. -Bekerja di bawah orang lain kerana bos anda yang akan kaya. -Menjual masa anda untuk duit yang tak seberapa. -Kedekut duit dengan anggapan semata-mata untuk menjadi kaya. Kebanyakan orang yang kaya raya membuat perniagaan berkaitan dengan hartanah. Perbincangan lanjut akan menyusul. *Kami tidak bertanggungjawab terhadap maklumat yang disampaikan disini jika ia memberi kesan kerugian kepada anda. Apa yang ditulis hanyalah pendapat dan pandangan sahaja untuk dibincangkan.

Main Saham Betul Ke Boleh Untung?

Main saham sekarang online sahaja. Banyak platform yang boleh anda guna. Main saham memang tak sama macam trade forex kerana teknik dan platform sangat berbeza. Tetapi ada beberapa persamaan dari segi stratergi. Ramai orang nak jadi macam Warren Buffet yang tekenal sebagai 10 orang terkaya di dunia, tapi tidak mengenali dia secara umum. Nantikan perbincangan lanjut nanti... *Kami tidak bertanggungjawab terhadap maklumat yang disampaikan disini jika ia memberi kesan kerugian kepada anda. Apa yang ditulis hanyalah pendapat dan pandangan sahaja untuk dibincangkan.

Realiti Tentang Mesen Penapis Air Yang Sangat Popular Di Pasaran.

Zaman sekarang di negara kita (Malaysia) semakin ramai yang akan membeli mesen penapis & pemanas air terkenal dari Korea dan Jepun. Apalagi kalau bukan Coway dan Cuckoo. Malah, bagi sesetengah keluarga atau syarikat, perkara ini adalah wajib bagi mereka. Realetinya, adakah berbaloi memiliki mesen tersebut di rumah? Adakah perlu atau adakah ianya menjimatkan? Mesen penapis air seperti Cuckoo dan Coway sebenarnya sudah lama wujud sejak 100 tahun lalu di negara barat. Tetapi dua jenama ini lebih terkenal kerana mereka lebih susuai digunakan di negara ini. Jika dilihat dari sudut kesenangan, kemudahan dan keselesaan memilik mesen tersebut semestinya memang benar. Memasang mesen penapis air di rumah adalah keinginan sesiapa pun. Tetapi jika dilihat dari harga bil elektrik dan penyelenggaraan yang anda perlu bayar, anda mungkin perlu berfikir dua kali. Sebelum ini, teknik lama yang digunakan oleh generasi lama adalah memasak air yang telah ditapis (menggunakan penapis biasa sahaja). Atau...

Mudah.My Kini Hanyalah Lubuk Agent Penjual Rumah

Bercakap pasal nak membeli atau menjual rumah adalah perkara biasa bagi anda yang sudah bekerja dan mempunyai kemampuan kewangan yang stabil. Tidak kiralah sama ada rumah baru atau terpakai. Kalau nak carik rumah terpakai biasanya, antara website yang paling popular sejak dahulu adalah Mudah.my atau Lelong.my. Sekarang banyak lagi medium-medium baru untuk menjual rumah. Tujuan asal Mudah pada awalnya untuk menjadi medium terus antara pemilik dan pembeli melaksanakan proses jual beli tanpa orang tengah. Tetapi kini, Mudah telah menjadi sasaran Agent Hartanah untuk menjalankan perniagaan mereka semata-mata. Mudah.My sebenarnya adalah medium online yang telah wujud sejak dahulu lagi iaitu sebelum zaman Agent-Agent ini berkuasa sepenuhnya. Pada era 2013 dan ke bawah, masih ramai pemilik rumah mengiklankan rumah mereka di Mudah.My untuk dijual terus kepada pembeli yang serius. Tetapi situasi ini berubah sedikit demi sedikit pada tahun 2015 hingga sekarang. Mungkin disebabkan terlalu ramai A...

Tukar Sendiri Mentol Depan Kereta Anda Yang Terbakar

Boleh dikatakan pada waktu malam, 1 daripada 10 atau mungkin 1 daripada 6 kereta yang melalui jalanraya mengalami kerosakan lampu. Biasanya rosak sebelah saja kerana jika dua-dua belah rosak, sudah tentu dia tak jalan. Melainkan motosikal dimana tiada lampu pun mereka tetap jalan kerana mereka berani mati. Sebenarnya, kereta yang mengalami kerosakan lampu sebelah mungkin adalah diri anda sendiri. Mengapa tidak dibaikpulih atau ditukarkan sahaja mentol tersebut. Bukan sudah berhari-hari, malah sudah berbulan-bulan pun tidak dibaikpulih melainkan jika kedua-dua lampu rosak barulah terhegeh-hegeh nak ke kedai. Anda boleh menukar mentol lampu kereta anda sendiri dengan membeli mentol tersebut di kedai-kedai serbanika seperti Mr. DIY. Ini disebabkan anda lebih kerap ke Mr. DIY berbanding ke Bengkel kereta. Jikalau malas sangat, boleh beli mentol di Lazada atau Shoppee. Antara saiz mentol yang popular adalah H7, H5 dan H1. Lain kereta menggunakan jenis mentol yang berbeza tetapi biasanya ber...

Pengenalan Kepada Drone Mavic Mini. Permulaan Kepada Profesional.

Benar, kalau anda berminat untuk menjadi pemain Drone profesional, anda harus bermula dengan set Drone yang lebih mencabar dan boleh pergi jauh. Paling penting berkualiti.  Kita faham di Shoppee atau lazada ada banyak drone Cap Ayam yang murah dan nampak macam best tetapi sebenarnya hampeh kerana tidak seperti yang diharapkan. Dipendekkan cerita, Drone Mavic Mini keluaran DJI adalah Drone yang mempunyai segala ciri-ciri untuk pengendali profesional. Mungkin Drone ini tidak sesuai untuk anda jika anda baru mahu bermula belajar. Tetapi masih boleh digunakan dengan panduan atau tunjuk ajar dari pakar. Jika anda benar-benar zero, lebih baik belajar dengan Drone yang lebih kecil seperti DJI Tello dengan bantuan pakar. Kemampuan Drone Mavic Mini: -Seberat hampir 250 gram (249 sahaja). -Ketahanan bateri antara 25 hingga ke 30 minit. -Mampu terabang sehingga 500 meter dari paras tanah. (Ini jarak mencancang). -Mampu pergi sejauh lebih dari 4 KM. (Ini jarak mengufuk). -Dilengkapi kamera ber...

Trade Forex Boleh Jadi Kaya Ke?

Semua orang Trade Forex nak jadi kaya cepat. Modal kecik tapi nak untung besar. Itu biasa kerana memang itulah daya tarikan forex. Berdasarkan Fakta, hampir 80% trader forex rugi. Malah ada yang kata hampir 90%. Jadi, kemungkinan anda rugi semestinya sangat besar. Tetapi dalam dunia Trading Forex ni, kebanyakan akan beranggapan mereka adalah dalam kumpulan kecil 10% tersebut iaitu yang buat untung. Kononnya lah. Trade Forex memang senang walaupun takde modal. Daftar sahaja akaun sudah dapat modal percuma dan kalau nak Trade (Jual/Beli), Klik sahaja di Talifon anda tanpa perlu berfikir apa-apa. Sambil tidur pun boleh buat proses Trading Forex. Kucing pun boleh Trade kan untuk anda sebenarnya. Satu perkara yang menyebabkan anda akan bersemangat untuk terus trade forex adalah bila anda dapat buat keutungan. Ini selalu terjadi kepada orang-orang baru. Anda boleh melihat anda berada di kategori mana sekarang: -Tidak tahu apa-apa pun tentang Forex. Memang Zero habis. -Baru baca sikit-sikit. ...

Pengenaan Kepada Bermain Drone

Kalau kita lihat orang main drone, nampak macam menarik tetapi adakah menarik bila kita main? Budak-budak memang suka tengok Drone atau mungkin main dengan Drone tetapi persoalannya adakah Drone ini permainan atau mesen? Ramai teruja bila melihat Drone terbang dan teringin untuk melihat atau bermain dengan Drone. Ada juga yang berimpikan untuk membeli Drone tetapi adakah ianya satu keperluan untuk anda beli? Jenama Drone Banyak jenama Drone di pasaran tidak kira yang mahal atau Cap Ayam (murah punya) tetapi semua pun boleh terbang. Cuma perbezaannya akan dilihat pada kemampuan dan kualiti Drone tersebut apabila diterbangkan nanti. Drone murah memang berlambak di pasaran Online seperti Shoppe dan Lazada. Tetapi yang berkualiti juga dijual di Platfrom tersebut. Walaupun begitu, ramai yang mencadangakn agar ianya (yang mahal) dibeli di kedai atas faktor keselamatan dan kepercayaan. Drone terkenal seperti keluaran DJI memang berkualiti dan dipercayai. DJI adalah jenama yang paling terkenal...

Harimau Malaya Sebenar Yang Kita Semua Sudah Lupakan.

Sebut sahaja Harimau Malaya, kita mesti membayangkan ia adalah skuad bolasepak kebangsaan dan pasukan terkuat bolasepak negara. Bukan untuk menafikan Pasukan Bolasepak Kebangsaan, sokongan terhadap pasukan bolasepak memang sudah pasti dan tiada berbelah bahagi. Tetapi nama Harimau Malaya sebenarnya sudah ada hakmilik khusus sejak dahulu lagi iaitu spesis haiwan yang sangat terancam dan kritikal iaitu Harimau yang hidup di semenanjung Malaysia. Kita semua sudah semestinya lupakan haiwan unik dan istimewa ini pada zaman moden. Samada ia wujud atau tidak kita tidak pernah ambil tahu dan apa yang kita tahu, ia wujud di Zoo sahaja. Untuk perbincangan di bawah, Harimau Malaya adalah merujuk kepada spesis Harimau yang hidup di Semenanjung Malaysia yang dikenali juga sebagai Panthera Tigris Jacksoni.  Harimau Malaya memerlukan kawasan yang luas untuk hidup disebabkan mereka adalah haiwan yang liar dan hidup berlandaskan wilayah. Mereka mampu mengembara jauh dan berlari dengan pantas walaup...

Mengapa Ramai Tak Mahu Gunakan Pengangkutan Awam di Malaysia?

Jika soalan ini diajukan kepada 'budak baru nak up' dan mereka ada jawapan seperti berikut: Orang ramai tiada kesedaran tentang kepentingan menggunakan Pengangkutan Awam yang sudah disediakan oleh kerajaan. Tetapi jawapan yang akan dijawab oleh Orang Ramai dengan jujuran biasanya: Lambat, Mahal dan Terhad. Jawapan yang lebih tepat kepada persoalan ini iaitu: Malas.

Kebebasan KeWangan. Adakah Ini Impian Anda? Sila Baca Dahulu.

Ramai orang naik kejar kebebasan kewangan dengan beranggapan jika anda berada pada tahap itu, tak perlu lagi bekerja dan boleh bersenang lenang. Apakah yang dimaksudkan dengan Kebebasan Kewangan, secara amnya, ramai orang beranggapan kebebasan kewangan adalah dimana anda sudah mempunyai harta yang mampu menjana pendapatan melebihi gaji bulanan dan anda tidak perlu bekerja lagi. Soalnya adakah kebebasan kewangan itu wujud?

Kemusnahan Hutan Memang Tidak Dapat Dielakkan

Tidak boleh dinafikan lagi di Bumi terdapat satu makhluk yang terus berkembang dan populasi mereka semakin meningkat setiap hari ke hari. Makhluk itu adalah Manusia sendiri. Peningkatan populasi manusia tidak dapat dielakkan dan kesan pertambahan populasi manusia adalah punca utama kepada perubahan di Bumi ini. Perubahan tersebut adalah penerokaan hutan untuk pembangunan yang kemudiannya membawa kepada pemanasan global. Kemusnahan hutan adalah perlu (walaupun hendak dielakkan) kerana manusia memerlukan ruang untuk hidup, makanan dan melaksanakan aktiviti pekerjaan. Ini memang sesuatu yang kita tidak mampu lagi nafikan sekarang. Lihat sahaja sejak 10 tahun yang lalu iaitu tahun 2010, berapa banyak haiwan-haiwan liar seperti Gajah, Beruang dan Harimau yang keluar dari habitat mereka. Semestinya ini berpunca daripada Hutan-Hutan Simpan yang telah dimusnakan untuk pembangunan. Faktor pemburu haram juga menyebabkan haiwan-haiwan ini keluar mencari perlindungan. Walaupun penerokaan hutan tel...

Bagaimana Untuk Mengelakkan/Mengatasai Kesesakan Lalu Lintas (Traffic Jam)

Senang saja kerana jawapan yang paling tepat adalah Naik Motor. Masalah naik motosikal adalah risiko yang tinggi, hujan dan leceh. Barang pun tidak boleh dibawa dengan banyak. Tetapi dengan menunggang motosikal, anda hampir pasti boleh mengelakkan kesasakan lalu lintas kecuali jika jalan ditutup. Tidak ada jalan lain kerana kalau ada, sudah tentu orang ramai akan gunakan teknik tersebut. Jawapan yang sering anda dengar: -Naik pengangkutan awam. -Berkongsi kereta. -Bergerak pada waktu lengang (elakkan waktu puncak) -Gunakan laluan yang tidak sesak. -Dan paling popular anda dengar adalah Rancang Perjalanan Anda. Kesemua di atas telah terbukti tidak berkesan untuk mengatasi kesesakan pada waktu puncak selain daripada menghadapi kesesakan tersebut. Sebenarnya, keretapi (laluan rel) adalah jalan terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tapi apakan daya. Jujurnya, sistem pengangkutan keretapi negara memerlukan penambahbaikan dan naik taraf. Kelemahan ini menyebabkan sambutan agak kur...

Drone DJI Tello (Ryze Tech). Best Atau Tak?

Kalau anda sudah memahami serba sedikit tentang Drone kini, ambil langkah pertama iaitu mengenali Drone asas dahulu. Tidak perlu terbang jauh-jauh dan tinggi-tinggi kerana anda masih di tahap Beginner. Drone asas yang mudah dipelajari adalah DJI Tello yang merupakan keluaran paling murah dari DJI. Berkualiti dan paling murah tetapi masih menarik untuk dimainkan oleh orang-orang baru belajar. Tello adalah Drone kecil sebesar kepala anda atau dua tapak tangan yang memiliki segala ciri-ciri asas Drone berkualiti. Selain mudah untuk dikawal, Drone ini hanya memerlukan Telefon Pintar sahaja untuk dikendalikan. Anda masih boleh menggunakan Tello walaupun tidak membeli Alat Kawalannya. Tello mampu terbang dalam tempoh 12 ke 15 minit pada ketinggian maksimum 30 meter dari tanah. Ia menggunakan sambungan WiFi dengan Telefon Pintar, maka jarak kawalan paling maksimum sekitar 100 meter. Jika anda membeli Alat Kawalannya juga, jarak maksimum mampu mencecah lebih dari itu. Secara amnya, Tello adala...

Drone Apa Yang Best Nak Beli? Pening Nak Pilih.

Kalau anda nak bagi anak-anak anda main, beli sahaja yang murah di Lazada & Shoppe. Berlambak Drone dengan jenama murah di sana. Memang boleh terbang dan ambil gambar tetapi kualiti jangan ditanya. Jahanam pun cepat. Ada yang belum pakai pun sudah jahanam. Tapi biasanya Drone yang anak anda main akan hilang atau rosak begitu sahaja, dan di simpan di dalam almari atau dibuang di tong sampah juga akhirnya. Seperti yang anda ketahui, Drone bukan mainan budak-budak kerana tidak sesuai. Paling kurang nak main Drone biarlah usia remaja. Memang ada budak-budak yang pandai main tetapi yang benar-benar terlatih. Beranggapan Drone ini pemainan kanak-kanak mungkin adalah pandangan umum. Jika anda mahu kualiti dan serius nak main Drone, belilah brand DJI kerana ia paling popular di Malaysia. Tambahan pula senang nak medapatkan Servis, Alat Ganti, Warranty dan sebagainya. Ada jenama-jenama lain yang bagus juga tetapi kurang digunakan seperti Parrot, Xiomi, Huawei dan lain-lain. Sekiranya anda m...