Apabila sebut isu Pemanasan Global di Malaysia, tiada siapa mahu bercakap tentang perkara ini. Belum dengar pun sudah mengantuk, apatah lagi membacanya. Cikgu sekolah sekalipun bosan membincangkan isu pemanasan global apatah lagi murid-murid?
Tetapi jika anda sudah tua dan merasakan tak lama lagi nak hidup di dunia ini, memang tak perlu fikir.
Jika anda orang muda yang akan hidup di dunia lebih daripada 20 atau 30 tahun lagi, anda sebenarnya mesti memikirkan perkara ini.
Mengapa pemanasan global ini isu besar? Apa kaitannya, cuaca panas atau aircond rosak? Buat apa nak fikir?
Antara kerosakan ketara bakal berlaku nanti adalah kenaikan air laut dan hakisan pantai yang keterlaluan.
Kemusnahan hutan memang tidak boleh dielakkan lagi
Comments
Post a Comment