Skip to main content

Realiti Tentang Mesen Penapis Air Yang Sangat Popular Di Pasaran.

Zaman sekarang di negara kita (Malaysia) semakin ramai yang akan membeli mesen penapis & pemanas air terkenal dari Korea dan Jepun. Apalagi kalau bukan Coway dan Cuckoo. Malah, bagi sesetengah keluarga atau syarikat, perkara ini adalah wajib bagi mereka.

Realetinya, adakah berbaloi memiliki mesen tersebut di rumah? Adakah perlu atau adakah ianya menjimatkan?

Mesen penapis air seperti Cuckoo dan Coway sebenarnya sudah lama wujud sejak 100 tahun lalu di negara barat. Tetapi dua jenama ini lebih terkenal kerana mereka lebih susuai digunakan di negara ini.

Jika dilihat dari sudut kesenangan, kemudahan dan keselesaan memilik mesen tersebut semestinya memang benar. Memasang mesen penapis air di rumah adalah keinginan sesiapa pun.

Tetapi jika dilihat dari harga bil elektrik dan penyelenggaraan yang anda perlu bayar, anda mungkin perlu berfikir dua kali.

Sebelum ini, teknik lama yang digunakan oleh generasi lama adalah memasak air yang telah ditapis (menggunakan penapis biasa sahaja). Ataupun, ada yang membeli air bertapis dalam kuantiti besar seperti botol 10 Liter atau 20 Liter air dari syarikat penapisan air. Pastinya harga lebih murah dan harga gas juga lebih murah. 


Kesimpulannya, memasang penapis air berjenama di atas sebenarnya tidak menjimatkan walaupun dari segi kemudahan dan keselesaan memang maksimum. Untuk jangka masa panjang, anda sebenarnya berbelanja besar semata-mata untuk keselasaan ini. Bukan sekadar bil elektrik yang mahal, malah kos penyelenggaraannya juga tidaklah murah disebabkan sesorang pakar perlu datang ke rumah anda untuk melaksanakannya.

Jawapannya terpulanglah kepada anda kerana itu duit anda sendiri. Siapa yang mahu bersusah payah memasak air menggunakan gas masak? atau siapa yang mahu mengangkat botol besar dari pengilang air minuman walaupun ia lebih murah? Siapa juga yang mahu membaca artikel seperti ini untuk mandapatkan kesedaran atau maklumat?

Seperkara lagi yang mungkin anda tahu, konsep perniagaan Cuckoo dan Coway juga berkonsepkan MLM (Piramid) walaupun tidak sepenuhnya. Bermaksud, sesiapa yang menjadi Agent (atasan) pengedar akan mendapat keuntungan tertentu daripada Pengedar bawahan mereka.

Namun, mungkinkah  mesen penapis air lebih terkenal di Malaysia berbanding di Korea atau Jepun?


Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...