Skip to main content

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?


Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa.

Jika anda baru habis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja.

Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Generator). Jika anda hanya meiliki A0 sehaja tidak mencukupi, anda perlu berlajar sehingga ke A4 untuk menaik taraf sijil anda kepada B0 pula.


Kategori Tambahan Chargeman A0.

Ringkasnya, Chargeman terbahagi kepada dua kategori utama A dan B. Namun begitu, Chargeman Asas A0 biasanya perlu ditambah dengan tiga lagi keperluan kursus iaitu yang melibatkan talian atas (Overhead), Stesen Janakuasa (Generator) dan Penyegerakkan Janakuasa (Synchronizing).

Jika mereka memiliki kemahiran kursus dalam Talian Atas (Overhead), mereka memliki kompetentsi A1. Kemudian, jika meneruskan mengambil kursus Stesen Janakuasa & Segerak (Generator & Synchronize), bermakna mereka memiliki kompetensi A4.

Secara amnya, kebanyakan bakal Chargeman akan terus mengambil kursus A1 iaitu Kursus Chargeman Asas dan Kursus Talian Atas. Ini lebih mudah kerana mereka seterusnya akan mengambil kursus Janakuasa & Segerak untuk mendapatkan sijil Chargeman A4. Jika hanya bermula dengan A0, perjalanan untuk ke A4 akan menjadi sedikit panjang.

Terdapat kes yang jarang berlaku iaitu; Jika Chargeman A0 mempunyai pengalaman setahun dalam Stesen Janakuasa (Generator), dia akan memiliki kompetensi A4-2. Kemudian, jika dia meneruskan kursus dalam Talian Atas (Overhead), dia akan memiliki kompetensi A4-1. Seterusnya, jika dia mengambil kursus dalam Penyegerakkan Janakuasa (Syncronizing), dia akan memiliki kompetensi A4.

Untuk mengambil kursus kategori B0, seseorang chargeman mesti mempunyai sijil peringkat A4 dengan lebih 2 tahun pengalaman kerja berkaitan.


Pengiktirafan Sijil Chargeman

Sijil Chargeman diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan mereka dianggap sebagai orang berkompetan (ringkasnya berlesen) yang diberi kuasa untuk mengendalikan pepasangan elektrik mengikut kategori masing2. Perlu diingat bahawa Diploma & Ijazah semata2 tidak diiktiraf oleh ST kecuali anda mengambil kursus kompeten dengan ST.

Tetapi, jika dalam organisasi kerajaan (JPA), mungkin Chargeman hanya diiktiraf sebagai Gred Tukang sahaja atau gred J17. Walaupun anda memiliki Sijil Chargeman A atau B, anda tetap dalam kategori gred J17. Kebiasaanya, gred Diploma adalah J27 sementara Ijazah gred J41.


Chargeman Vs Jurutera Elektrik

Apakah perbezaaan antara kedua2 ini? Sebenarnya, Chargeman mempunyai bidang tugas yang tertentu sahaja iaitu yang melibatkan perkakasan pengagihan kuasa elektrik. Chargeman biasanya ditugaskan untuk menjaga Bilik Voltan Rendah, Bilik Transformer (Alat Ubah) dan Bilik Voltan Tinggi. Kadangkala, Chargeman juga ditugaskan untuk memantau penggunaan kuasa elektrik di kilang2.

Ada juga syarikat yang mengarahkan Chargeman mereka untuk melaksanakan kerja2 penyelenggaraan tambahan yang tidak berkaitan dan ini adalah budi bicara mereka.

Sementara Jurutera Elektrik pula mempunyai bidang tugas yang amat luas bukan sahaja harus mengetahui apakah tugas dan kerja Chargeman, malah Jurutera Elektrik merangkumi segala bidang berikut:

Telekomunikasi, Elektrik Kuasa, Robotik, Sistem Kawalan, Perkapalan dan lain2 lagi.

Namun begitu, jika dalam bidang penyelenggaraan bangunan, banyak syarikat atau kilang2 lebih suka mengambil Chargeman berbanding jurutera elektrik kerana Chargeman mempunyai sijil kompetensi yang diperlukan oleh ST. Pada masa yang sama, mereka akanmengarahkan Chargeman melaksanakan tugas2 jurutera yang berkaitan. Namun begitu, perkara ini kadangakala masih menjadi pertikaian antara syarikat dan pekerja.

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...

Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman

Apakah Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman? Apakah Chargeman? Atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Adakah mereka yang membuat pendawaian elektrik atau yang membaikpulih peralatan elektrik? Ataupun adakah mereka yang menghidupkan dan mematikan sumber kuasa? Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), Chargeman (Penjaga Jentera Elektrik) adalah orang kompeten yang diiktiraf oleh ST dan mempunyai skop tugasan seperti berikut: SKOP TUGASAN Mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit to Work) kepada orang yang bekerja di bawah kawalannya. Ringkasnya, Chargeman adalah orang yang mengawalselia segala yang berkaitan dengan pembekalkan kuasa elektrik dan pengagihan kuasa elektrik. Mereka memastikan segala peralatan dan perkakasan pengagihan elektr...