Skip to main content

Buku Akta Bekalan Elektrik 1990


Buku Akta ini adalah sangat penting dan menjadi rujukan semua pihak terutama Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Malaysia khususnya JKR, Syarikat2 Swasta dan Orang2 Kompeten. Buku yang mengandungi lebih daripada 244 muka surat ini menghimpunkan segala peraturan2 Elektrik yang berkaitan dengan Undang2.

Buku Akta ringkasnya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Akta Bekalan Elektrik (Akta 447) 
*Hampir 30% kandungan

2. Peraturan2 Elektrik 
*Hampir 50% kandungan

3. Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) (Akta 448) *Kurang 10% dari kandungan

-Lain2 seperti Sejarah TNB & Kandungan.  
*10% dari kandungan

Jika anda masih baru, mungkin sukar untuk memahami secara keseluruhan tentang Buku Akta ini kerana anda perlu memahami tugasan Chargeman (dan Jawatan Kompeten lain) bagi memahami Akta dengan lebih lanjut. Namun begitu, secara pengenalan, anda boleh membaca topik2 di bawah untuk mengetahui serba sedikit tentang Akta & Peraturan:

1. Akta Bekalan Elektrik (Akta 447)
Seksyen 1 : Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian.
Seksyen 2 : Tafsiran
Seksyen 23 : Orang yang menjaga.
Seksyen 33 : Kemalangan serius hendaklah diaporkan dan penyiasatan oleh Suruhanjaya.
Seksyen 37 : Kesalahan.
Seksyen 50 : Larangan mengambil kanak2 bekerja.


2. Peraturan2 Elektrik : Terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian 1 = Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen
Peraturan 4 : Bil2
Peraturan 6 : Pemulangan bekalan

Bahagian 2 = Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
Peraturan 2 : Tafsiran
Peraturan 38 : Notis
Peraturan 39 : Arahan bagi rawatan renjatan elektrik
Peraturan 40 : Alat pemadam api
Peraturan 45 : Kehendak Bagi Perakuan Kokompetenan
Peraturan 49 : Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera
Peraturan 60 : Orang Kompeten
Peraturan 78 : Pengelasan Kontraktor Elektrik
Peraturan 111 : Orang kompeten hendaklah mengusahakan kerja penyenggaraan
Peraturan 112 : Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa kerja
Peraturan 113 : Orang kompeten hendaklah mengeluarkan arahan bertulis

Bahagian 3 = Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan)
*Tiada yang penting.


3. Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) (Akta 448)
Seksyen 1 : Tafsiran

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...