Skip to main content

Buat Sendiri Perangkap Cicak Menggunakan Pita Pelekat


Cicak merupakan tetamu yang tidak diundang yang terdapat di rumah kita dan rumah sesiapa sahaja. Samada kita suka atau tidak, kehadiran Cicak memang tidak dapat dielakkan. Spesies Cicak yang akan dibincangkan, terdapat di rumah kita adalah spesies biasa dan tidak sama dengan dalam hutan.

Masalahnya adalah Cicak suka terberak merata2 di rumah kita tidak kira tempat atau lokasi. Taik Cicak banyak terdapat di kawasan tersuruk. Contohnya di bawah meja, di bawah sofa, bucu dinding dan belakang almari sering terdapat taik Cicak. Ini sudah tentu menyusahkan kita kerana taik Cicak tidak bagus dan kadangkala Cicak berak juga di lokasi stratergik seperti di atas katil atau sofa.


Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Ada satu cara yang mudah dan murah untuk anda lakukan bagi memerangkap Cicak iaitu menggunakan pita/seletip pelekat lutsinar seperti dalam gambar. Memang terdapat banyak peralatan memerangkap atau menghalang Cicak di pasaran tetapi harganya mahal dan kadangkala tidak efektif. Kaedah menggunakan pita pelekat ini dilihat efektif dan mudah untuk memerangkap Cicak.

Lekatkan pita ini di lokasi yang Cicak kerap dilaluinya seperti di dinding atau pintu. Lokasi seperti berdekatan dengan plastik sampah juga bagus untuk memerangkap. Cicak bergerak aktif di dalam gelap berbanding ketika siang atau berlampu. Oleh itu, waktu tengah malam, mereka akan tersangkut di pita pelekat ini. Tetapi biasanya apabila seekor dua tersangkut, yang lain sudah tahu ada perangkap di situ.

Cicak yang tersangkut tidak mati, jadi anda jangan seksa mereka. Cabut pita pelekat dan buang cicak jauh2 di lokasi yang sesuai. Jika anda sanggup makan cicak goreng silakan atau bagi kepada sesiapa yang suka makan Cicak.

Diharap idea ini sedikit sebanyak akan membantu anda dalam mengurangkan populasi Cicak di rumah anda walaupun agak sukar untuk menghapuskan mereka 100 peratus. Kaedah ini juga boleh digunakan di premis2 kedai, tempat ibadat atau mana2 sahaja yang sesuai.


Cicak terperangkap (melekat) di pita pelekat. Cicak ini masih hidup.





 
Lekatkan pita pelekat di lokasi yang Cicak kerap lalu seperti di bucu dinding

Lekatkan di lokasi2 lain yang stratergik.




Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...

Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman

Apakah Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman? Apakah Chargeman? Atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Adakah mereka yang membuat pendawaian elektrik atau yang membaikpulih peralatan elektrik? Ataupun adakah mereka yang menghidupkan dan mematikan sumber kuasa? Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), Chargeman (Penjaga Jentera Elektrik) adalah orang kompeten yang diiktiraf oleh ST dan mempunyai skop tugasan seperti berikut: SKOP TUGASAN Mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit to Work) kepada orang yang bekerja di bawah kawalannya. Ringkasnya, Chargeman adalah orang yang mengawalselia segala yang berkaitan dengan pembekalkan kuasa elektrik dan pengagihan kuasa elektrik. Mereka memastikan segala peralatan dan perkakasan pengagihan elektr...