Skip to main content

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa


Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1.

Syarat2.
-Tamat Tingkatan Lima.
-Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0.
-Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1.

Yuran Kursus.
RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara.

Jangkamasa Kursus A0.
9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam.
Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan.

Syarat2 Lain.
-Mengikuti kelas Amali dan Teori seperti yang ditetapkan
-Peperiksaan Teori dan Amali akan diadakan pada hujung pembelajaran.


Lokasi2 Pengajian

Kursus Chargeman dilaksanakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBTN) yang terdapat di beberapa negeri2 di Semenanjung Malaysia. Antaranya jika di Zon Tengah adalah IKTBN Alor Gajah, Melaka, IKTBN Dusun Tua, Hulu Langat dan IKBTN Sepang, Sepang.



Pengiktirafan Sijil Chargeman A di Sabah & Sarawak.
Sijil Chargeman diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Electricity Berhad (SEB). Jika di Sarawak, SESB telah mewajibkan agar Chargeman/PJE mengambil kursus tambahan untuk menyelaraskan sijil mereka dan keperluan sijil SESB. Oleh itu mereka perlu mengambil kurus tambahan terlebih dahulu.



Meningkatkan Lagi Sijil 

Jika anda sudah habis belajar Chargeman A0/A1 yang merupakan sijil asa PJE, anda boleh meneruskan pengajian ke peringkat A4 melalui dua cara iaitu.
-Mengambil Kursus Modular Janakuasa dan Talian Atas.
-Mengambil Kursus Chargeman A4 setelah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.



SUKATAN PELAJARAN SECARA KESELURUHAN

Sekatan AO ( Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa dan Talian Atas)
1.  Perkara – perkara yang Berkaitan:-
a. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
b. Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya.
c. Standard MS IEC 60364:2003 Electrical Installations of Building.
d. MS 1979:2007 Electrical Installations of Building – Code of Practice.
e. MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364.
f. Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.

2.  Sistem Pencegah Kebakaran
a. Pemilihan dan kendalian alat pemadam kebakaran mudahalih (portable fire extinguisher).
b. Sistem gas halon dan sprinkler.
c. Sistem penggera.

 
3.  Alat-alat Perlindungan dalam Pepasangan Voltan Rendah
a. Semua jenis pemutus litar (ACB, OCB, MCCB, MCB, ELCB, etc.).
b. Suis-suis keselamatan.
c. Semua jenis fius-fius boleh didawai semula, HRC, time lag fuse, dan sebagainya.
d. Oil dash pot.
e. Pembumian.

4.  Elektrik Asas 
a. Angkadar / faktor kuasa (p.f):
i. Definisi dan perkiraan angkadar kuasa.
ii. Kesan-kesan faktor kuasa yang rendah.
iii. Kadaran pemuat (capacitor rating) bagi pembetulan faktor kuasa. 
b. Voltan.
c. Arus (litar arus terus dan litar arus ulangalik).
d. Kuasa (kW, kVA, kVAR).
e. Perintang.
f. Pemuat (capacitor).
g. Gelung (Inductor).
h. Asas kemagnetan.
5. Pengubah (Transformer)
a. Binaan, jenis, kegunaan, perbezaan antara pengubah jenis lain.
b. Fungsi bahagian-bahagian penting dalam pengubah.
c. Overhauling.
d. Pengujian (testing) dan mula tugas (commissioning).
6. Kabel
a. Pemilihan kabel:
- Jenis, saiz, keupayaan membawa arus, susutan voltan.
b. Penyambungan dan tamatan (joints and terminations).
c. Kerosakan-kerosakan pada kabel dan penganalisaan kerosakan.
d. Penggunaan alat-alat mengesan kerosakan pada kabel.
7. Kabel Bawah Tanah
a. Jenis-jenis kabel, saiz, keupayaan membawa arus, penggalian, cara merentang dan menanam kabel (excavation and cable laying) bagi berbagai situasi.
b. Penyambungan kabel (cable jointing), penentuan fasa (phasing) dan tamatan (termination). 
c. Perkakas kawalan (associated control gears), peti pembekal papan agihan (feeder pillar distribution board).
d. Pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan.
8. Motor dan Alat Kawalan
a. Jenis-jenis motor, kegunaan, perbezaan dan cara gerak tugas.
b. Penyelenggaraan, mengesan kerosakkan dan pembaikan.
c. Penghidup termasuk ciri-ciri perlindungan.
9. Bateri
a. Prinsip kerja.
b. Jenis, saiz, penyelenggaraan dan sistem cas.
10. Alatukur dan Alatuji
a. Pengenalan dan penggunaan berbagai jenis alatukur dan alatuji
11. Pendingin Udara
a. Jenis-jenis pendingin udara
b. Komponen-komponen pendingin udara
c. Kendalian dan senggaraan
12. Pemeriksaan bagi Peralatan Papan Suis Utama
a. Sistem pembumian, OCB, papan suis, switching tripping equipment, pengasing, relay and pilot wiring, dan sebagainya.
13. Pepasangan Pengguna (Consumer Installation)
a. Reka bentuk dan jenis-jenis pendawaian bagi pepasangan pengguna.
b. Pembumian.
c. Pengujian pepasangan (ujian-ujian turutan).
d. Pepasangan lampu neon.
14. Lampu Jalan
a. Pemasangan dan penyelenggaraan.

Sekatan A1 ( Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa)
1. Semua Sukatan Pelajaran bagi AO Termasuk Sistem Talian Atas.
2. Talian Atas:
a. Jenis-jenis tiang (poles) dan pembinaan dawai umbang (stay).
b. Jenis-jenis kabel, saiz dan keupayaan membawa arus.
c. Pemasangan talian meliputi meregang (tensioning), melendut (sagging), dan had kelegaan (clearance).
d. Peralatan talian atas seperti pole fuses, penangkap kilat (lightning arrestors), pendakap D (D bracket).
e. Pemasangan dan penyelenggaraan peralatan talian atas dan lain-lain seperti peti pembekal (feeder pillars) dan papan agihan.
f. Pembumian.
g. Span length dan kedudukan tiang.
h. Lampu jalan.
i. Langkah-langkah keselamatan ketika bekerja.

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...