Bidang tugas utama seorang
Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance
Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam
setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop
tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang
tugas mereka seperti berikut:
- Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun.
- Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan.
- Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka.
- Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
- Menjaga stok alat ganti.
- Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru.
- Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat.
- Melatih pekerja baru jika ada dan pelajar praktikal.
- Memastikan hal ehwal keselamatan dipatuhi.
Tugas-tugas tambahan yang lain yang mungkin
perlu dilaksanakan. Contohnya:
- Membuat anggaran kos dan pelan penjimatan.
- Melaksanakan kerja-kerja mengaudit dan penetapan standard. Kebisaannya berkaitan dengan ISO9001 dan ISO14001.
Comments
Post a Comment