Skip to main content

Sistem Kuasa Elektrik Solar


Apakah kuasa solar? Adakah Sistem Pemanas air di rumah pakai Solar? Air juga boleh dipanaskan menggunakan cahaya matahari di atas bumbung. Itu dinamakan system pemanas air solar. Tenaga Haba dari Matahari digunakan untuk memanaskan air dan disimpan air panas itu di rumah. Tetapi kuasa solar yang hendak dibincangkan di sini adalah solar yang menghasilkan elektrik atau Solar Photovoltaic (Solar PV).


Solar Photovoltaic 

Sistem Solar PV menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Bahan semikonduktor yang terdapat pada panel solar PV akan menukar cahaya matahari tersebut kepada tenaga elektrik untuk dibekalkan kepada rumah. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan bil elektrik di rumah kerana terdapatnya sumber khas kuasa elektrik dari matahari. Sejauh mana kuasa itu dihasilkan bergantung kepada kapasiti/saiz panel solar tersebut.

Perbincangan lebih teknikal lagi akan menjurus kepada saiz panel solar PV. Terdapat panel sekecil 2cm persegi sehinggalah kepada 2m persegi besarnya. Lebih besar, lebih banyak kuasa dihasilkan tetapi kebanyakan panel solar bersaiz kecil biasanya digunakan untuk peralatan elektronik kecil sahaja dan bukannya untuk penjanaan elektrik. Jika untuk penjanaan elektrik, saiz panel solar minimum biasanya adalah 1m persegi yang mampu menjana kuasa elektrik 50 ke 100 Watt.

Biasanya, rumah akan menggunakan panel solar yang sekurang2 boleh menjana 4kW (4000 Watt) bagi memberikan penjimatan. Jika rumah besar dan bumbung rumah cukup besar, panel solar yang besar boleh diletakkan dan mungkin boleh menjana 16kW kuasa kepada bekalan elektirk rumah. Ini akan mampu memberikan penjimatan yang lebih banyak.


SEDA Dan Penjualan Kuasa Elektrik kepada TNB.

Terdapat syarikat2 swasta yang membangunkan ladang Solar PV yang mampu menjana kuasa elektrik yang tinggi. Kuasa elektrik ini dijual kepada TNB dengan kelulusan organisasi separa kerajaan iaitu SEDA (Sustainable Energy Development Authority). Selain itu, pemilik rumah kediaman yang memiliki bumbung luas juga boleh berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...