Skip to main content

Pertolongan Cemas & Pemulihan Pernafasan (Nota Ringkas)


Topik ini merupkan topik penting yang wajib diketahui oleh Orang Kompeten (Chargeman dan lain2). Di sini disediakan sedikit nota ringkas untuk anda mengetahui apakah itu Pertolongan Cemas dan bagaimana untuk melaksanakan Pemulihan Pernafasan secara mudah. Ianya lebih baik daripada anda tak tahu apa2 kerana terlupa.


Prinsip Pertolongan Cemas
-Menyelamatkan Nyawa
-Mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk
-Memberi kelegaan dan keselesaan


Penilaian Awal Pesakit
-Bahaya : Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya
-Tindak balas : Adakah pesakit itu sedar
-Salur Udara : Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan
-Pernafasan : Adakah pesakit itu bernafas
-Sekililing : Adakah nadinya berdenyut


Bertindakbalas Berdasarkan Penilaian Anda
-Tidak sedar diri tiada nadi atau tidak bernafas : Hubungi 999 dan mulakan CPR

-Tidak bernafas dan ada nadi : Beri satu hembusan tiap2 5 saat sebanyak 12 kali. Hubungi 999 untuk Ambulans. Pemulihan pernafasan.

-Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud : Rawat mana2 kecederaan yang boleh membahayakan nyawa. Letakkan pesakit dalam keadaan baringan. Dapatkan bantuan segera.

-Sedar, bernafas dan nadi wujud : Rawat sebaik2 cara. Dapatkan bantuan jika perlu.



Pemulihan Pernafasan (Resusitasi Kardiopalmonari, CPR)

CPR termasuklah pernafasan dari mulut ke mulut atau dengan cara lain dan tekanan dada. Dengan cara ini, darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ2 penting. Lakukan sehingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

Petua CPR iaitu ABC:
-Saluran Pernafasan (Airway) : Membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Mendongakkan kepala kebelakang dan mengangkat dagu.
-Pernafasan (Breathing) : Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara untuk menyampaikan oksigen.
-Edaran Darah (Circulation) : Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, jantung dan organ2 penting. Recovery Position jika mangsa sudah bernafas.

Melaksanakan CPR:
-Tentukan Mangsa tiada respond : Tepuk bahu dan tanya mangsa.
-Minta bantuan 999 atau orang lain hubungi Ambulans.
-Airway (Saluran Pernafasan) : Angkat dagu perlahan dengan sebelah tangan untuk mendongakkan kepala.
-Breathing (Pernafasan) : Tentukan mangsa tidak bernafas dengan memeriksa nadi. Jika bernafas, letakkan mangsa dalam Recovery position. Jika tidak, mulakan CPR dengan menutup hidung mangsa dan berikan hembusan dua kali dalam dua saat. Berikan 30 tekanan dada dan selepas tekan berikan dua hembusan pernafasan sebanyak lima kitaran. Periksa nadi selepas itu.
-Circulation (Edaran Darah) :Jika tiada nadi, ulangi CPR. Jika ada, letakkan mengsa ke arah Recovery Position.

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...