Apakah Penjaga Jentera
Elektrik @ Chargeman?
Apakah Chargeman? Atau dalam Bahasa Malaysia dikenali
sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Adakah mereka yang membuat pendawaian elektrik
atau yang membaikpulih peralatan elektrik? Ataupun adakah mereka yang
menghidupkan dan mematikan sumber kuasa?
Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST),
Chargeman (Penjaga Jentera Elektrik) adalah orang kompeten yang diiktiraf oleh
ST dan mempunyai skop tugasan seperti berikut:
SKOP TUGASAN
Mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa
kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan
kategori perakuan kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan
bertulis (Permit to Work) kepada orang yang bekerja di bawah kawalannya.
Ringkasnya, Chargeman adalah orang yang mengawalselia segala
yang berkaitan dengan pembekalkan kuasa elektrik dan pengagihan kuasa elektrik.
Mereka memastikan segala peralatan dan perkakasan pengagihan elektrik berada
dalam keadaan baik serta berfungsi.
Kategori Chargeman
Penggunaan kuasa elektrik di Malaysia terbahagi kepada dua
kategori utama iaitu voltan rendah dan voltan tinggi. Voltan rendah adalah
nilai voltan yang biasa digunakan di rumah kita dan di kilang2 kecil seperti
240V dan 415V. Sementara voltan tinggi biasa digunakan dalam penghantaran kuasa
elektrik atau di kilang2 besar yang nilainya melebihi 1000V iaitu 11KV, 33KV
hingga ke 313KV. Voltan sangat tinggi biasanya digunakan dalam Grid
penghantaran kuasa elektrik dan di pencawang2 TNB Utama.
Chargeman yang mengawalselia Voltan rendah (bawah 1000V)
dikenali sebagai kategori A. Sementara Chargeman yang mengawalselia voltan tinggi
(1kV hingga 33kV) dikenali sebagai kategori B. Secara amnya, Chargeman dibahagi kepada duakategori ini, A dan B.
Mengapa perlu
Chargeman?
Semua bangunan besar akan mempunyai Bilik Pengagihan Kuasa Elektirk
yang perlu dikawalselia. Jika di rumah misalnya, kita hanya mempunyai kotak fius
yang kecil dan pendawaian elektrik yang ringkas kerana penggunaakan kuasa/arus
adalah kecil iaitu sekitar 63A hingga 200A sahaja. Jika di kilang2 bersaiz
sederhana, terdapat sebuah Bilik Pengagihan Voltan Rendah atau Low Voltage Room
yang perlu diselenggara.
Terdapat banyak perkakasan elektrik di dalam Bilik
Pengagihan Elektrik yang perlu diperiksa dan diservis setiap bulan atausecara berkala.
Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mensyaratkan agar orang kompeten (berlesen)
ditugaskan untuk mengawalselia hal ehwal berkaitan Perkakasan Elektrik tersebut
dan menjalankan kerja2 berkaitan. Oleh itu, Chargeman diperlukan bagi
memastikan perkakasan elektrik sentiasa dijaga dan masalah keputusan bekalan
elektrik akan dapat diminimumkan.
Adakah suatu
kewajiban untuk menggaji seorang chargeman?
Jika di rumah, premis2 kedai atau dewan serbaguna sekalipun
memang penggunaan kuasa elektirk masih dalam kategori kecil. Tetapi jika di
pusat membeli belah yang besar, hotel2 besar, bangunan utama pejabat kerajaan,
kilang2 dan industri, malah di kelab golf besar sudah tentu mempunyai Bilik Pengagihan
Kuasa Elektrik. Oleh itu, chargeman diperlukan kerana ini adalah syarat yang ditetapkan
oleh Suruhanjaya Tenaga.
Tidak dinafikan bahawa Juruteknik/Jurutera Elektrik juga
mempunyai pengetahuan tentang kerja2 Chargeman tetapi mereka tidak berlesen
dengan ST. Oleh itu, jika Juruteknik/Jurutera yang mempunyai kepakaran
Chargeman, mereka boleh mengambil kursus separuh masa agar dapat memliki sijil Chargeman
yang diiktiraf.
Comments
Post a Comment