Skip to main content

Mudah.My Kini Hanyalah Lubuk Agent Penjual Rumah

Bercakap pasal nak membeli atau menjual rumah adalah perkara biasa bagi anda yang sudah bekerja dan mempunyai kemampuan kewangan yang stabil. Tidak kiralah sama ada rumah baru atau terpakai.

Kalau nak carik rumah terpakai biasanya, antara website yang paling popular sejak dahulu adalah Mudah.my atau Lelong.my. Sekarang banyak lagi medium-medium baru untuk menjual rumah.

Tujuan asal Mudah pada awalnya untuk menjadi medium terus antara pemilik dan pembeli melaksanakan proses jual beli tanpa orang tengah. Tetapi kini, Mudah telah menjadi sasaran Agent Hartanah untuk menjalankan perniagaan mereka semata-mata.

Mudah.My sebenarnya adalah medium online yang telah wujud sejak dahulu lagi iaitu sebelum zaman Agent-Agent ini berkuasa sepenuhnya. Pada era 2013 dan ke bawah, masih ramai pemilik rumah mengiklankan rumah mereka di Mudah.My untuk dijual terus kepada pembeli yang serius. Tetapi situasi ini berubah sedikit demi sedikit pada tahun 2015 hingga sekarang. Mungkin disebabkan terlalu ramai Agent Hartanah menyebabkan situasi ini berlaku. Persaingan sesama Agent juga menjadi semakin sengit untuk mencari pelanggan.

Alasan wajib zaman-berzaman yang kerap diberikan semestinya untuk memudahkan pemilik dan pembeli dalam urusan hal ehwal jual beli rumah. Disebabkan itulah, khidmat Agent sangat diperlukan.

Perlu diingat dan ambil maklum bahawa : Artikel\Penulisan ini bukanlah untuk menghentam Agent atau memburukkan Agent dan sebagainya. Tidak ada sebarang masalah dengan Agent kerana mereka sangat ramai dan bersaing untuk mencari pelanggan. Tetapi Perbincanan di sini lebih kepada untuk memahami apakah kesan-kesan terhadap situasi yang berlaku bertujuan untuk melindungi hak pembeli/penjual rumah.

Bukan semua pemilik dan pembeli perlukan Agent. Ada yang sudah berpengalaman dan ada yang mahu belajar untuk membeli/menjual rumah sendiri. Membeli/menjual rumah bukanlah sesusah yang disangka cuma anda perlukan peruntukan masa untuk melaksanakannya.

Dalam bahasa yang lebih mudah, kalau seseorang penjual/pembeli itu perlukan Agent, sudah pasti dia akan menggunakan khidmat Agent kerana pada zaman media sosial ini, ia adalah sesuatu yang mudah sahaja.


Soalnya, dalam banyak kes juga Agent tidak membantu Pembeli dalam soal mencari rumah. Agent menjadikan Mudah.My sebagai medium untuk mereka meletakkan iklan begitu banyak yang boleh mengelirukan Penjual sebenar. Antara aspek dimana mereka menambahkan kekeliruan seperti berikut:


-Nak Iklan/Jual Rumah tapi tak tahu lokasi di mana.

Ramai Agent yang mengiklankan rumah dengan nama dan lokasi yang salah. Contohnya, terdapat iklan sebuah rumah hendak dijual di Taman Sungai Gadut yang sebenarnya tidak pernah wujud. Ada juga iklan yang menyatakan lokasi Sungai Gadut terdapat LRT yang sebenarnya tidak pernah wujud. Tetapi yang ada adalah KTM Komuter.


-Sengaja salah letak harga murah giler.

Jika sesebuah rumah berharga RM400k, mereka akan meletakkan harga 40k (pada tajuk) walaupun mereka mengetahui 40k bukanlah harganya. Mungkin tujuan utama Agent meletakkan harga murah agar lebih ramai orang yang membaca iklan mereka. Biasanya pembeli akan mencari harga rumah yang paling murah dahulu.


-Satu rumah nak jual, tapi iklan berpuluh-puluh. 

Jika anda perasan, kadangkala sebuah rumah hendak dijual tetapi ada ramai Agent akan membuat iklan. Mudah.My bukanlah Lazada atau Shoppee untuk berbuat begini. Jika ada banyak unit rumah, mungkin boleh diterima tetapi hanya sebuah rumah dengan lebih 10 iklan. Bukankah itu akan mengelirukan pembeli?


-Jual rumah guna gambar hiasan. 

Ini satu lagi menyalahi peraturan jual beli dan tidak munasabah. Nak jual rumah Teres tapi pakai gambar rumah Banglow yang terang-terang menipu pembeli. Kalau nak pakai gambar hiasan sekalipun, gunakan gambar yang sepadan dengan jenis rumah. Perkara ini semestinya boleh mengelirukan pembeli.


-Iklan balik apa yang owner sebenar iklankan.

Ini perkara biasa lah. Kalau anda owner sebenar rumah dan mahu iklan rumah anda untuk dijual di Mudah.my, baik fikir dua kali. Tak sampai beberapa jam anda post, akan terdapat iklan yang lebih kurang seperti rumah anda akan wujud dengan berbagai-bagai bentuk dan ayat untuk menarik pembeli. Anda sendiri akan keliru dan hairan bagaimana ada orang boleh klon rumah anda? Bukan setakat itu, anda akan dihujani dengan mesej atau panggilan dari Agent untuk membantu anda menjual rumah tersebut. Akhirnya, anda sendiri akan jemu dan memadamkan iklan tersebut.


Kerapkali, pemilik rumah akan berasa rimas atau geram kerana seringkali diganggu oleh Agent yang tak habis-habis nak menawarkan perkhidmatan mereka kepada pemilik. Akhirnya pemilik pun geram dan memadamkan iklan dan menolak sebarang pertanyaan berkaitan dengan rumah. Jika ada pembeli sebenar (bukan Agent) nak beli, sudah jadi masalah pula.


Satu persoalan yang perlu dijawab adalah; dimanakah ruang sebenar untuk owner menjual rumah mereka tanpa menggunakan Agent?

Selain Mudah.my atau Lelong; Facebook, Instagram dan lain-lain media sosial yang popular memang sudah dikawalselia oleh Agent-Agent yang sentiasa mencari peluang mereka. Kalau anda iklan satu rumah di Facebook sahaja contohnya, pasti Agent-Agent akan mengulangi iklan tersebut di Media Sosial yang lain untuk menjadi orang tengah.



Menjadi Agent Hartanah adalah kerjaya impian dan hebat semua orang? 

Perkara ini akan dibincangkan nanti..



Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...

Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman

Apakah Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman? Apakah Chargeman? Atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Adakah mereka yang membuat pendawaian elektrik atau yang membaikpulih peralatan elektrik? Ataupun adakah mereka yang menghidupkan dan mematikan sumber kuasa? Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), Chargeman (Penjaga Jentera Elektrik) adalah orang kompeten yang diiktiraf oleh ST dan mempunyai skop tugasan seperti berikut: SKOP TUGASAN Mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit to Work) kepada orang yang bekerja di bawah kawalannya. Ringkasnya, Chargeman adalah orang yang mengawalselia segala yang berkaitan dengan pembekalkan kuasa elektrik dan pengagihan kuasa elektrik. Mereka memastikan segala peralatan dan perkakasan pengagihan elektr...