Skip to main content

Trade Forex Boleh Jadi Kaya Ke?

Semua orang Trade Forex nak jadi kaya cepat. Modal kecik tapi nak untung besar. Itu biasa kerana memang itulah daya tarikan forex.

Berdasarkan Fakta, hampir 80% trader forex rugi. Malah ada yang kata hampir 90%. Jadi, kemungkinan anda rugi semestinya sangat besar.

Tetapi dalam dunia Trading Forex ni, kebanyakan akan beranggapan mereka adalah dalam kumpulan kecil 10% tersebut iaitu yang buat untung. Kononnya lah.

Trade Forex memang senang walaupun takde modal. Daftar sahaja akaun sudah dapat modal percuma dan kalau nak Trade (Jual/Beli), Klik sahaja di Talifon anda tanpa perlu berfikir apa-apa. Sambil tidur pun boleh buat proses Trading Forex. Kucing pun boleh Trade kan untuk anda sebenarnya.

Satu perkara yang menyebabkan anda akan bersemangat untuk terus trade forex adalah bila anda dapat buat keutungan. Ini selalu terjadi kepada orang-orang baru.



Anda boleh melihat anda berada di kategori mana sekarang:

-Tidak tahu apa-apa pun tentang Forex. Memang Zero habis.

-Baru baca sikit-sikit. Nak mula dah. (Takut-takut nak keluar modal atau Depo)

-Baru nak mula trade sikit. Dah Depo sikit dah. (Masa ni biasanya buat untung)

-Dah buat untung besar tapi rugi balik (Kebiasaannya trader baru akan buat untung tanpa dijangka)

-Dah mula buat untung dah tapi kena asah skill lagi (Sebenarnya rugi je lebih)

-Pakai robot nampak macam best. Nampak macam harapan baru kononnya. Tetapi rugi selepas beberapa bulan. Belum putus asa lagi.

-Belajar skill tahap dewa untuk untung. Bayar pun takpe. Cuba-cuba jugak tapi tak berkesan. (Tapi bila sembang cakap buat untung)

-Asyik rugi je, bersaralah dari Memorex (Trading Forex).

-Trade balik semula kerana rasanya macah dah idea baru.

-Trade lagi dan rugi lagi. Bersara lagi sekali. Mungkin selamanya.

Kesemua kategori di atas semestinya memerlukan modal awal anda. Tiada yang free kecuali di peringkat pengenalan yang biasanya akan buat keuntungan tidak dijangka.

Kenapa anda akan Trade Forex jugak walaupun dah rugi? Ramai orang (Sifu atau Broker) akan cakap anda perlukan ILMU supaya boleh buat lebih untung. Trade tanpa ILMU dan pelajaran akan menyebabkan anda rugi memanjang. Dari sini, anda pun mula belajar Hal Ehwal Eknomoni sepertinya anda ini adalah Sarjana Ekonomi. Walapun sebelum ini, anda tidak pernah membaca suratkhabar apatahlagi membaca tentang Matawang. Anda pun akan buang tebiat belajar Ekonomi atau Trading Idea dengan harapan anda bakal berjaya.



Siapa Sebenarnya Buat Duit Dalam Dunia Forex?

Tahukah anda siapa yang sebenarnya buat duit dalam bidang Forex Trading ni? Sebenarnya, orang yang betul-betul buat duit adalah seperti berikut:

-Broker kerana mereka tiada risiko. Anda pun Depo dengan Broker. Semua yang bekerja dengan Broker seperti Sifu Forex, Tukang Depo dan lain-lain memang ada gaji.

-Penjual Signal Forex yang biasanya juga menjadi Pencadang agar anda mendaftar dalam Forex. Mereka jual signal walaupun tidak boleh buat untung pun sebenarnya.

-Kawan Pencadang dikenali juga dengan IB. Dimana dialah yang akan menjemput orang lain mendaftar atas Link dia. Oleh itu, dia akan mendapat untung jika orang dicadang itu Trade. Dia tiada risiko pun.

-Penjual Berita-Berita Forex (Forex News). Mereka menyediakan berita panas Forex seperti NFP, Penetapan Kadar Bank dan sebagainya. Mereka tiada risiko juga. 

-Semestinya yang anda tidak terfikir adalah, Jurulatih Forex atau Sifu Forex. Mereka yang selalu buat kelas-kelas Forex tetapi anda tidak pernah tahu mereka buat untung atau tidak.



Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...