Skip to main content

Tukar Sendiri Mentol Depan Kereta Anda Yang Terbakar

Boleh dikatakan pada waktu malam, 1 daripada 10 atau mungkin 1 daripada 6 kereta yang melalui jalanraya mengalami kerosakan lampu. Biasanya rosak sebelah saja kerana jika dua-dua belah rosak, sudah tentu dia tak jalan. Melainkan motosikal dimana tiada lampu pun mereka tetap jalan kerana mereka berani mati.

Sebenarnya, kereta yang mengalami kerosakan lampu sebelah mungkin adalah diri anda sendiri. Mengapa tidak dibaikpulih atau ditukarkan sahaja mentol tersebut. Bukan sudah berhari-hari, malah sudah berbulan-bulan pun tidak dibaikpulih melainkan jika kedua-dua lampu rosak barulah terhegeh-hegeh nak ke kedai.

Anda boleh menukar mentol lampu kereta anda sendiri dengan membeli mentol tersebut di kedai-kedai serbanika seperti Mr. DIY. Ini disebabkan anda lebih kerap ke Mr. DIY berbanding ke Bengkel kereta. Jikalau malas sangat, boleh beli mentol di Lazada atau Shoppee.

Antara saiz mentol yang popular adalah H7, H5 dan H1. Lain kereta menggunakan jenis mentol yang berbeza tetapi biasanya berkuasa 12V 55 Watt.

Jika anda masih malas untuk menukar lampu kereta, tunggu sahaja sehingga kedua-dua mentol terbakar kerana selepas itu, anda terpaksa juga menukarnya.


Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...