Tidak boleh dinafikan lagi di Bumi terdapat satu makhluk yang terus berkembang dan populasi mereka semakin meningkat setiap hari ke hari. Makhluk itu adalah Manusia sendiri.
Peningkatan populasi manusia tidak dapat dielakkan dan kesan pertambahan populasi manusia adalah punca utama kepada perubahan di Bumi ini. Perubahan tersebut adalah penerokaan hutan untuk pembangunan yang kemudiannya membawa kepada pemanasan global.
Kemusnahan hutan adalah perlu (walaupun hendak dielakkan) kerana manusia memerlukan ruang untuk hidup, makanan dan melaksanakan aktiviti pekerjaan. Ini memang sesuatu yang kita tidak mampu lagi nafikan sekarang.
Lihat sahaja sejak 10 tahun yang lalu iaitu tahun 2010, berapa banyak haiwan-haiwan liar seperti Gajah, Beruang dan Harimau yang keluar dari habitat mereka. Semestinya ini berpunca daripada Hutan-Hutan Simpan yang telah dimusnakan untuk pembangunan. Faktor pemburu haram juga menyebabkan haiwan-haiwan ini keluar mencari perlindungan.
Walaupun penerokaan hutan telah berlaku sejak sekian lama dahulu, tetapi mungkin tidak melibatkan Hutan Simpan atau kawasan kritikal. Sejak 2010, banyak Hutan Simpan diteroka sedangkan haiwan-haiwan liar telah menjadikan lokasi tersebut rumah mereka selepas Hutan lain sudah tiada.
Pemanasan global telah membawa kepada perubahan iklim yang mengakibatkan bencana alam seperti banjir, kemarau, panas/kering melampau dan lain-lain. Tetapi yang agak menakutkan juga adalah hakisan pantai yang semakin menjadi-jadi. Lihat sahaja kawasan pantai terutama di negeri-negeri Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan yang begitu banyak kejadian hakisan.
Di negara beriklim panas lembap seperti Malaysia, semestinya Hutan Hujan menjadi kawasan tadahan air yang penting. Hutan Hujan juga menjadi elemen penghalang banjir dan menghadkan bencana alam. Kemusnahan Hutan Hujan akan mengakibatkan banjir besar dan pemanasan suhu.
Tidak dapat dipastikan apakah cara untuk mengatasi Kemusnahan atau Penerokaan Hutan. Betul, anda sedang fikirkan langkah-langkah mengatasi masalah ini dan murid-murid sekolah pun mampu memberitahui langkah-langkahnya itu. Tetapi, langkah pemuliharaan hutan hanyalah seperti mencurah air di daun keladi semata-mata.
Mungkin manusia perlu meneroka Bulan sebagai lokasi tambahan untuk penempatan baharu pada masa akan datang.
Ini adalah idea yang bijak sedikit daripada idea yang sering kita dengar di surat khabar atau television.
Comments
Post a Comment