Senang saja kerana jawapan yang paling tepat adalah Naik Motor. Masalah naik motosikal adalah risiko yang tinggi, hujan dan leceh. Barang pun tidak boleh dibawa dengan banyak. Tetapi dengan menunggang motosikal, anda hampir pasti boleh mengelakkan kesasakan lalu lintas kecuali jika jalan ditutup.
Tidak ada jalan lain kerana kalau ada, sudah tentu orang ramai akan gunakan teknik tersebut.
Jawapan yang sering anda dengar:
-Naik pengangkutan awam.
-Berkongsi kereta.
-Bergerak pada waktu lengang (elakkan waktu puncak)
-Gunakan laluan yang tidak sesak.
-Dan paling popular anda dengar adalah Rancang Perjalanan Anda.
Kesemua di atas telah terbukti tidak berkesan untuk mengatasi kesesakan pada waktu puncak selain daripada menghadapi kesesakan tersebut.
Sebenarnya, keretapi (laluan rel) adalah jalan terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tapi apakan daya. Jujurnya, sistem pengangkutan keretapi negara memerlukan penambahbaikan dan naik taraf. Kelemahan ini menyebabkan sambutan agak kurang memuaskan.
Comments
Post a Comment