Kalau anda nak bagi anak-anak anda main, beli sahaja yang murah di Lazada & Shoppe. Berlambak Drone dengan jenama murah di sana. Memang boleh terbang dan ambil gambar tetapi kualiti jangan ditanya. Jahanam pun cepat. Ada yang belum pakai pun sudah jahanam.
Tapi biasanya Drone yang anak anda main akan hilang atau rosak begitu sahaja, dan di simpan di dalam almari atau dibuang di tong sampah juga akhirnya.
Seperti yang anda ketahui, Drone bukan mainan budak-budak kerana tidak sesuai. Paling kurang nak main Drone biarlah usia remaja. Memang ada budak-budak yang pandai main tetapi yang benar-benar terlatih. Beranggapan Drone ini pemainan kanak-kanak mungkin adalah pandangan umum.
Jika anda mahu kualiti dan serius nak main Drone, belilah brand DJI kerana ia paling popular di Malaysia. Tambahan pula senang nak medapatkan Servis, Alat Ganti, Warranty dan sebagainya. Ada jenama-jenama lain yang bagus juga tetapi kurang digunakan seperti Parrot, Xiomi, Huawei dan lain-lain.
Sekiranya anda mahu Drone asas yang berkualiti dan murah sebagai pengenalan, bolehlah beli model Tello keluaran DJI.
Jika anda mahu lebih cabaran dan sudah ada asas bermain Drone, teruskan dengan model Mavic Mini yang juga keluaran DJI.
Comments
Post a Comment