Skip to main content

Pengenaan Kepada Bermain Drone

Kalau kita lihat orang main drone, nampak macam menarik tetapi adakah menarik bila kita main? Budak-budak memang suka tengok Drone atau mungkin main dengan Drone tetapi persoalannya adakah Drone ini permainan atau mesen?

Ramai teruja bila melihat Drone terbang dan teringin untuk melihat atau bermain dengan Drone. Ada juga yang berimpikan untuk membeli Drone tetapi adakah ianya satu keperluan untuk anda beli?


Jenama Drone

Banyak jenama Drone di pasaran tidak kira yang mahal atau Cap Ayam (murah punya) tetapi semua pun boleh terbang. Cuma perbezaannya akan dilihat pada kemampuan dan kualiti Drone tersebut apabila diterbangkan nanti.

Drone murah memang berlambak di pasaran Online seperti Shoppe dan Lazada. Tetapi yang berkualiti juga dijual di Platfrom tersebut. Walaupun begitu, ramai yang mencadangakn agar ianya (yang mahal) dibeli di kedai atas faktor keselamatan dan kepercayaan.

Drone terkenal seperti keluaran DJI memang berkualiti dan dipercayai. DJI adalah jenama yang paling terkenal di Malaysia dan mungkin paling banyak digunakan. Kedai Jualan, Pusat Servis dan Alat Ganti juga mudah didapati terutamanya dari China. Jenama lain yang bagus seperti Parrot, Huawei dan Xiomi juga tidak kurang hebatnya tetapi kurang digunakan di Malaysia.


Drone Ni Permainan Ke?

Soalnya adakah Drone ini permainan? Jawapannya bergantung kepada Drone tersebut. Drone yang besar iaitu melebihi 250 Gram ke atas memerlukan lesen untuk dikendalikan. Ini disebabkan Drone besar berisiko apabila diterbangkan jika ia terhempas atau melanggar objek seperti manusia. Bilah kipas Drone besar agak tajam dan berisiko kecederaan jika disentuh. Harga Drone sebegini agak mahal dan semestinya anda tidak mahu ianya hilang atau rosak.

Drone yang kecil seperti sebesar tapak tangan dan terhad operasinya mungkin boleh dijadikan permainan kanak-kanak. Drone kecil mungkin tidak berisiko jika bilah kipasnya melanggar kita dan ia juga tidak boleh terbang tinggi. Harganya pun murah untuk dirosakkan.

Oleh itu, Drone boleh menjadi permainan dan boleh juga tidak. Bergantung kepada saiz dan jenis.


Macam Best, Perlukah Dibeli Drone Tu?

Untuk mengetahui samada anda meminati Drone ataupun tidak adalah berdasarkan kepada minat anda. Kebiasaannya Drone ini diminati oleh orang yang suka dengan Fotografi dan Videografi. 

Tolak kes penggunaan Drone untuk Ketenteraan, Keselamatan atau Pamantauan dalam Agensi Kerajaan. Drone sebenarnya bukanlah permainan seperti yang kita sangka. Anda harus mempunyai objektif untuk menerbangkan Drone seperi mengambil gambar atau video. Jika anda terbangkan Drone untuk suka-suka, dalam masa sebulan dua sahaja anda akan menjadi bosan dengan Drone tersebut. Lalu Drone hanya akan disimpan di dalam Almari.

Seperkara lagi jika anda serius, jangan beli Drone murah Cap Ayam kerana anda pasti akan kecewa dengan operasi dan kualiti Drone tersebut. Lalu anda pun tidak suka dengan Drone walhal jenama Drone itu yang tak bagus. Jika mahu yang murah, belilah Drone yang berkualiti agar anda dapat kepuasan mengendalikannya.




Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...