Skip to main content

Pengenalan Kepada Drone Mavic Mini. Permulaan Kepada Profesional.


Benar, kalau anda berminat untuk menjadi pemain Drone profesional, anda harus bermula dengan set Drone yang lebih mencabar dan boleh pergi jauh. Paling penting berkualiti. 

Kita faham di Shoppee atau lazada ada banyak drone Cap Ayam yang murah dan nampak macam best tetapi sebenarnya hampeh kerana tidak seperti yang diharapkan.


Dipendekkan cerita, Drone Mavic Mini keluaran DJI adalah Drone yang mempunyai segala ciri-ciri untuk pengendali profesional. Mungkin Drone ini tidak sesuai untuk anda jika anda baru mahu bermula belajar. Tetapi masih boleh digunakan dengan panduan atau tunjuk ajar dari pakar.

Jika anda benar-benar zero, lebih baik belajar dengan Drone yang lebih kecil seperti DJI Tello dengan bantuan pakar.


Kemampuan Drone Mavic Mini:

-Seberat hampir 250 gram (249 sahaja).

-Ketahanan bateri antara 25 hingga ke 30 minit.

-Mampu terabang sehingga 500 meter dari paras tanah. (Ini jarak mencancang).

-Mampu pergi sejauh lebih dari 4 KM. (Ini jarak mengufuk).

-Dilengkapi kamera berkualiti 2.7K keluaran DJI.

-Bateri Alat Kawalan dicas selepas 8 kali penggunaan Drone.

-Masih mampu terbang dalam cuaca berangin atau sedikit buruk. Jika teruk, jangan terbang.

-Kamera semestinya dilengkapi Gimbal (penstabil pergerakan). Ia juga mengandungi Kompas, GPS, Gyro dan Sensor pengesan bawah.

-Mempunyai fungsi Return To Home atau Kembali Ke Asal jika kehilangan signal kawalan.


.


.


.


.






Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...