Skip to main content

5G, 4G & 3G. Kelajuan Manakah Sebenarnya Telefon Kita Pakai?

Teknologi 5G semakin berkembang dan maju di media dan berita yang kita dengar saban hari. Khabarnya di negara kita.

Namun begitu, masih timbul persoalan berapa G yang yang kita sedang gunakan?

Adakah kita benar-benar berada pada kategori 5G?

Baiklah. Umumnya jika anda duduk di bandar-bandar utama atau pekan besar, mudah untuk mendapatkan capaian 4G tetapi realitinya kelajuannya tidaklah seperti 4G pun. Bergantung kepada pelan internet yang anda beli, kelajuan yang anda capai biasanya tidak seperti yang diharapkan. Jika anda berada di lokasi yang sesak seperti taman perumahan atau rumah pangsa yang sempit, pasti akan berlaku kesesakan data internet. Ini menyebabkan kelajuan data akan berkurangan.

Jika anda berada di kawasan kampung, biasanya capaian internet agak lemah bergantung kepada lokasi anda berada. Jika berdekatan dengan menara pemancar, mungkin lebih baik. Namun begitu, semakin terpencil kampung itu dan lokasi anda, semakin lemah capaian data walaupun kelihatan masih ada 4G atau 3G dipaparkan di talifon anda. Apatah lagi jika GPRS.

Kesimpulannya, capaian internet di negara kita masih ditahap lemau walaupun kita sering dengar di media seperti terlalu hebat.


Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...

Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman

Apakah Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman? Apakah Chargeman? Atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Adakah mereka yang membuat pendawaian elektrik atau yang membaikpulih peralatan elektrik? Ataupun adakah mereka yang menghidupkan dan mematikan sumber kuasa? Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), Chargeman (Penjaga Jentera Elektrik) adalah orang kompeten yang diiktiraf oleh ST dan mempunyai skop tugasan seperti berikut: SKOP TUGASAN Mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit to Work) kepada orang yang bekerja di bawah kawalannya. Ringkasnya, Chargeman adalah orang yang mengawalselia segala yang berkaitan dengan pembekalkan kuasa elektrik dan pengagihan kuasa elektrik. Mereka memastikan segala peralatan dan perkakasan pengagihan elektr...