Umumnya selepas SPM, pendidikan terbahagi kepada kemahiran
dan pendidikan tinggi. Sijil kemahiran biasanya dipelajari di Insititusi
Kemahiran seperti IKM, IKTBN, ADTEC, Kolej Komuniti dan sebagainya. Sementara
Diploma dan Ijazah biasanya di Universiti atau Kolej.
Terdapat suatu keadaan di mana dalam bidang teknikal,
pelajar yang memiliki Diploma, Ijazah, Master bahkan PhD tidak pernah
mengetahui apakah yang dipelajari oleh pelajar2 yang mengambil jurusan
kemahiran. Jurusan kemahiran seperti Pedawai Elektrik PW1 hingga PW6 dan
Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) tiada langsung dipelajari semasa Diploma
atau Ijazah.
Kerjaya bagi peringkat Ijazah Kejuruteraan Elektrik biasanya
akan menjadi Jurutera atau Eksekutif Teknikal Elektrik manakala peringkat Sijil
biasanya menjadi juruteknik.
Sijil Chargeman
memang lebih laku daripada Ijazah/Diploma.
Jika sebelum ini, majikan akan mengambil lepasan ijazah atau
diploma untuk menjadi Eksekutif, kini tidak lagi kerana majikan lebih
memerlukan orang berkompentesi untuk menggantikan Ijazah dan Diploma. Mereka
adalah Chargeman atau Penjaga Jentera Elektrik. Sijil kompetensi mereka
diperlukan di premis2 atau kilang2.
Ini bermaksud, dalam sektok kejuruteraan elektirk kuasa,
tenaga dan penyelenggaraan, seseorang yang mempunyai Diploma atau Ijazah tidak
lagi menjadi buruan kerana majikan lebih suka menggaji penjaga jentera elektrik
yang memiliki sijil kompeten.
Mungkin jika dalam bidang kejuruteraan elektronik, masih
relevan untuk Ijazah dan Diploma tetapi keadaan ini menyebabkan peluang
pekerjaan unutk ijazah elektrik kuasa sudah semakin pudar.
Keadaan yang berlaku ini menggambarkan majikan lebih
memerlukan sijil kemahiran berbanding diploma/ijazah yang dilihat semakin
kurang peranannya. Tambahan pula semakin ramai yang memiliki Diploma dan Ijazah
pada zaman ini. Sedangkan keperluan bidang kemahiran semakin bertambah jika
dibandingkan dengan pengetahuan teori yang dipelajari di peringkat tinggi.
(C) Copyright 2019. Teknik Idea.
(C) Copyright 2019. Teknik Idea.
Comments
Post a Comment