Skip to main content

Lambakan Pekerja Asing Membawa Kemudaratan Kepada Pekerja Tempatan?


Image result for pekerja asing
Kita biasa melihat warga asing yang bekerja dalam sektor perkilangan dan pembinaan. Tetapi sebenarnya, mereka telahpun menguasai hampir semua sektor seperti perladangan, pertanian, kawalan keselamatan, kedai2 makan, perkhidmatan dan boleh dikatakan hampir semua sektor.


Pekerja asing juga telah memiliki banyak kemahiran dari segi kepakaran teknologi elekrikal, mekanikal mesen, pembinaan dan sebagainya. Mereka juga sudah berkemahiran dalam memandu Lori, Jentolak (GCB), Trektar dan sebagainya.  Boleh dikatakan kemahiran mereka sudah cukup meluas dan mampu untuk melakukan perniagaan di Malaysia.


Tidak dinafikan bahawa pekerja asing sangat membantu dalam memajukan ekonomi dan pembangunan Negara. Ramai yang datang terutamanya dari Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia telah mengisi banyak jawatan2 kosong sebagai buruh. Dalam jangka masa pendek, kehadiran mereka telah menyebabkan sektor2 perkilangan dan pembinaan berkhembang dengan pesat. Tetapi dalam jangka panjang, mungkin akan memberikan suatu impak yang sangat berisiko kepada pekerja tempatan dan negara. Mengapa?


Kehadiran mereka telah menyebabkan pekerja tempatan mengalami persaingan psikologi dimana mereka akan dibandingkan dengan pekerja asing yang lebih tahan lasak dan tidak banyak songeh. Sedangankan kita mengetahui bahawa tidak mungkin pekerja tempatan mampu bekerja seperti pekerja asing kerana mereka berada di situasi berbeza. 

Pekerja asing misalnya datang dari jauh semata2 untuk bekerja. Mereka tidak kisah tentang cuti, penat lelah, keselesaan dan kebajikan asalkan dibayar gaji yang setimpal. Mereka juga sedia berkorban untuk keluarga yang ditinggalkan jauh dan memahami situasi mereka. Kehidupan mereka di Malaysia hanyalah sementara untuk bekalan hidup apabila pulang nanti.


Pekerja asing juga tidak meghiraukan tentang undang2 & peraturan awam. Mereka juga tidak menghiraukan tentang faktor keselamatan dan penyakit. Mereka hanya mahu kerja disiapkan dan mengikut arahan.

Akibat situasi ini, mutu pekerja kelas bawahan / buruh akan menjadi sangat teruk disebabkan standard pekerja asing digunakan sebagai penanda aras. Sedangkan ia tidak sesuai dijadikan standard untuk pekerja tempatan.


Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pekerja tempatan mempunyai sikap malas dan memilih kerja yang senang. Namun begitu, adalah tidak adil untuk menghukum pekerja tempatan dengan menganggap mereka tidak mampu bekerja seteruk taraf pekerja asing. Apalagi jika ingin dibandingkan dengan gaji yang diperoleh pekerja tempatan,masih dianggap rendah. Situasi ini pastinya menjadi lebih kompleks.


Dalam jangka pendek, lambakan pekerja asing yang produktif,murah dan tidak banyak masalah membolehkan semua industri di Malaysia dimajukan dengan pantas dan pesat. Tetapi dalam jangka panjang, ia hakikatnya tidak akan memberikan keuntungan yang berbaloi kerana wang negara akan dibawa keluar oleh mereka.


Apakah penyelesaian masalah ini? Mungkinkah pihakkerajaan seharusnya menghadkan bilangan perkerja asing kepada 1 nisbah 5 pekerja tempatan? Mungkin ini akan menyebabkan kekurangan tenaga buruh tetapi dalam jangka panjang akan memberikan kelebihan kepada pekerja tempatan? Inilah perkara yang masih tidak dapat diselesaikan.


Insentif yang diberikan oleh kerajaan dalam belanjawan 2020 kepada pekerja tempatan dilihat memberikan suatu tindakan baik tetapi sejauh manakan ianya berkesan? Hanya masa yang akan menentukan.



(C) Copyright 2019. Teknik Idea.

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...