Skip to main content

Isu Graduan Menganggur Yang Masih berpanjangan.


-   Image result for graduation      

Sejak lebih 15 tahun dahulu, ramai lepasan institut pengajian tinggi terutamanya lepasan Diloma, Ijazah & Sarjana mengalami kesukaran mencari pekerjaan. Keadaan menjadi lebih buruk semakin tahun demi tahun walaupun berbagai kaedah penyelesaian yang telah dirancang.


Isu graduan menganggur masih lagi berpanjangan dan dilihat seperti tiada penyelesaian sedangkan kita sudah tahu bahawa peluang pekerjaan tidak sebanyak graduan yang dilahirkan setiap tahun. Universiti, Kolej dan Institute pengajian terus menawarkan iklan dan peluang pendidikan walaupun graduan mereka ramai lagi yang belum bekerja.


Sekiranya pendidikan itu untuk meningkatkan taraf hidup dan ilmu, apa ertinya jika seseorang itu menganggur dan tiada kerja selepas belajar. Mereka pula terpaksa mendapatkan kerja tidak setimpal dengan kelulusan sementara menunggu peluang yang lebih baik. Jika tidak, mereka akan dituduh sebagai memilih pekerjaan dan tidak bijak. Sedangkan mereka sedang menanggung hutang dan harapan cita2 yang tinggi.

Image result for interview

Apakah penyelesaian keapada masaah yang tidak berpenghujung ini? Antara penyelesaian terbaik adalah pelajar lepasan SPM tidak seharusnya terlalu terburu2 untuk mengejar Ijazah mereka. Buat penilaian samada perlu atau tidak/relevan atau tidak jika mereka keluar bergraduasi empat tahun akan datang. Jika dilihat pada masa kini, bidang kemahiran lebih mendapat tempat di hati majikan berbanding pendidikan tinggi yang sukar untuk mendapatkan kerja kerana gaji yang tinggi.


Zaman sekarang sudah berubah dimana sektor pekerjaan lebih memerlukan seseorang yang berkhemahiran berbanding pendidikan tinggi yang semakin sempit ruang lingkupnya. Pelajar2 perlu membuat kajian terlebih dahulu sektor pekerjaan sebelum membuat keputusan belajar.




(C) Copyright 2019. Teknik Idea.

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...