-

Mengapakah barangan buatan China yang tidak berkualiti boleh
laku dan digunapakai di China sedangkan ianya tidak sesuai digunakan di Negara
kita. Sebagai contoh, motor buatan China yang dahulu pernah menjadi trending
jualannya tapi tak kelihatan lagi di jalan raya? Walaupun harganya lebih murah,
tatapi adakah berbaloi jika dibandingkan dengan jenama Jepun & barat yang
lebih berkualiti?
Memang benar, sekarang ini sudah banyak barang buatan china
yang berkualiti seperti telefon pintar keluaran mereka. Barang2 yang berjenama
terkenal dan dibuat di China atau yang menggunakan teknologi barat mempunyai
kualiti yang baik. Tetapi banyak juga barang2 yang bersifat copy-paste (produk
tiruan) tidak mempunyai kualiti yang diharapkan dan cepat rosak. Walaupun
harganya murah tetapi tidak dapat membayar pulangan modal jika dibandingkan
dengan barang buatan jepun dan barat.
Tetapi mengapakah ia boleh digunakan di China? Salah satu
sebab kerana di China, harga barang tersebut sebenarnya jauh lebih murah. Jika
rosak sekalipun boleh beli baru terus dan buang yang lama. Tambahan pula jika
di China, terdapat banyak alat ganti dan bantuan teknikal yang disediakan. Jika
produk itu di beli di luar China,maka tiada bantuan teknikal diberikan dan
tiada alat ganti kecuali jika ia pakai buang. Ini menyebabkan ia tidak berbaloi
digunakan di luar Negara China.
Contohnya motorsikal buatan China seperti Nitro & Comel
yang rata2 hanya bertahan sekitar 2 atau 3 tahun. Model buatan Jepun misalnya
mampu bertahan hampir 10 tahun atau lebih jika dijaga dengan baik. Sedangkan
harga jenama Nitro & Comel tadi hanya 40% lebih murah. Oleh itu lebih baik
beli buatan Jepun.Tetapi jika di Negara China, mungkin harga motosikal tadi jauh
lebih murah danada tersediakan alat ganti. Ini menyebabkan ia boleh digunakan
di China walaupun kurang berkualiti.
Mungkin suatu hari nanti produk tulen keluaran China akan
mementingkan kualiti produk seperti yang diamalkan oleh Jepun dan Negara Barat.
Hanya masa akan jadi penentu.
(C) Copyright 2019. Teknik Idea.
(C) Copyright 2019. Teknik Idea.
Comments
Post a Comment