Skip to main content

Sejarah Pulau Bidong Di Perairan Terengganu



Pengenalan.

Terletak berdekatan dengan Pekan Merang di sebelah darat, dan tidak jauh dari Pulau Redang, Terengganu. Pulau Bidong telah menyimpan seribu satu sejarah yang ramai tidak ketahui.Tidak lama dahulu Pulau Bidong telah menempatkan begitu ramai pelarian Vietnam & Kemboja ketika di zaman perang Vietnam pada akhir tahun 1970 an.


Peta lokasi Pulau Bidong.



Jeti ke Pulau Bidong yang sunyi.


Keindahan pantai di Pulau bidong yang sepi



Keindahan pantai pulau ini dari atas bukit kecil.





Kelihatan perkampungan & rumah tinggal berdekatan pantai






Sejarah

Pada Ogos 1978, kerajaan Malaysia dan UNHCR telah menjadikan pulau ini sebagai tapak peralihan pelarian perang dengan 121 pelarian pertama yang datang. Mereka lari daripada pemerintahan komunis di Vietnam. Dikatakan pada satu ketika, hampir 100 ribu pelarian telah menetap di sini dan mewujudkan satu komuniti yang besar di pulau ini. Termasuk juga pelarian Kemboja yang lari daripada pemerintahan rejim Khmer Rouge. 

Tahukah anda selepas perang berakhir pada akhir tahun 1980an, sedikit demi sedikit warga Vietnam meninggalkan pulau ini sehinggalah ia ditutup dan tiada siapa lagi menetap di sini pada tahun 1992. Selepas kem pelarian di pulau ini ditutup, pelarian2 ini diterima oleh negara2 maju seperti Amerika, Australia, Kanada dan Perancis. Mungkinkah Malaysia menerima mereka?, itu tidak diketahui. Gambar2 di bawah memberikan sedikit penjelasan tentang apa yang terdapat di pulau ini ketika itu.

Jika dilihat di Internet & Media Sosial sekarang, ramai warga2 Vietnam yang pernah menetap di pulau ini pada zaman kecil mereka memberikan komen dan menceritakan kenangan sewaktu berada di sini pada ketika itu. Penerangan mereka sedikit sebanyak dapat menggambarkan kesukaran pada zaman perang dan ketika hidup terpencil di pulau ini. Tetapi mereka bersyukur kerana itu lebih baik daripada berada di medan peperangan yang lebih berbahaya.

Tidak dapat dipastikan samada tinggalan bangunan ini masih ada atau telah dirobohkan kerana gambar2 ini diambil pada tahun 2014 yang lalu. Walaubagaimanapun, gambar2 ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran kehidupan komuniti Vietnam di sini. Dikatakan UMT (Universiti Malaysia Terengganu) menjadikan pulau ini sebagai lokasi kajian marin dan kelautan. Disebalik sejarahnya, pulau ini berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai Pulau Pelancongan berkonsepkan muzium dan sejarah kerana terdapat monumen2 menarik untuk dikunjungi.

Runtuhan sebuah Tokong dan banyak Tokong terdapat di sini




Tulisan di papan tanda ini adalah ucapan terima kasih tak terhingga kepada Kerajaan Malaysia terutama sekali. Tetapi siapa yang dapat membacanya kerana terletak di tengah2 pulau?


Tidak diketahui apakah yang tertulis kerana dalam bahasa Vietnam


Perigi tinggal


Komen2 dari warga Vietnam yang pernah menetap di sini ketika zaman kanak2 mereka








Terdapat bangkai kereta lama berada di sini. Tidak diketahui siapa pemiliknya


Runtuhan rumah2 di kawasan perkampungan pelarian



binaan seperi pentas tinggi yang terdapat patung di atasnya. Mungkin tempat sembahyang mereka.


Mungkin patung untuk sembahyang




Tidak dapat dipastikan apakah yang tertulis kerana dalam bahasa Vietnam


Tangki air tawar untuk kegunaan penduduk ketika dahulu




Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...