Skip to main content

Stesen Keretapi Port Dickson di Negeri Sembilan, Masih Wujud?



Malaysia telah mempunyai keretapi zaman moden terutamanya di sekitar lembah Klang dan sektor utara. KTM Komuter, KTM Intercity, MRT, LRT dan Monorail lebih dikenali berbanding keretapi lama yang kurang digunakan kecuali di Pantai Timur dan Selatan tanah air. Benar, hanya Pantai Timur dan Johor sahaja yang masih menggunakan keretapi lama. Keretapi lama yang dimaksudkan adalah menggunakan enjin lokomotif diesel dan bukannya elektrik. Laluan Gemas ke Tumpat dan Gemas ke Johor Bahru masih lagi belum menggunakan keretapi elektrik. Tetapi laluan Gemas ke Johor sedang aktif membangunkan landasan berkembar.

Negeri Sembilan sudah hampir mempunyai system keretapi elektrik sepenuhnya. Cuma masih ada lagi sistem keretapi lama iaitu dari Gemas ke Bahau dan ke Kemayan. Tetapi sebenarnya Negeri Sembilan mempunyai satu laluan yang sudah lama mati iaitu laluan Seremban - Port Dickson. Ini tidak megambil kira laluan Bahau - Kuala Pilah yang sudah lama dihentikan.

Ramai yang tidak tahu satu ketika dahulu laluan Seremban ke Port Dickson menjadi laluan yang tidak kurang pentingnya terutama kepada pengangkutan kargo/barang2. Namun begitu, sejak tahun 1998, laluan ini tidak lagi digunakan dan lebih banyak menggunakan lebuh raya Seremban - Port Dickson yang telah dibuka. Mungkin juga sebab laluan rel yang tidak diselenggara,tidak dapat dipastikan.



Orang2 lama mungkin masih ingat bagaimana dahulu melihat keretapi dari Seremban ke Port Dickson melalui di sekitar rumah mereka. Dari Seremban, ia akan melalui Rasah, Mambau, Kuala Sawah, Siliau, Lukut dan Port Dickson. Laluannya ada yang melalui perkampungan, Ladang Kelapa Sawit dan pekan2. Tetapi kini, tidak mungkin ia akan berlaku kembali kerana laluan rel keretapi kebanyakannya sudah pun lenyap. Walaupun masih terdapat sebahagian landasan yang masih cantik,tetapi untuk membina semula bukanlah sesuatu yang mudah malah lebih rumit.Walaubagaimanapun, tapak laluan rel keretapi masih lagi menjadi milik Perbadanan Aset Keretapi Berhad.

Stesen keretapi Port Diskcon sebenarnya masih lagi wujud walaupun kelihatan sudah usang. Stesen yang menyimpan seribu sejarah dan kenangan ini terletak di tepi laut dan laluan relnya akan bersambung ke jeti di tengah laut. Ini bertujuan untuk memindahkan kargo seperti mana di stesen Perlabuhan Klang.

Stesen Keretapi Port Dickson, laluan rel keretapi, rumah2 usang di tepi rel dan peralatan klasik rel masih lagi wujud. Anda boleh melihatnya masih tersergam kukuh di sepanjang laluan rel samada dari Bandar Seremban hingga ke Port Dickson. Tetapi itu hanyalah menjadi kenangan lalu yang masih teringat kepada orang2 lama yang mungkin pernah menaiki keretapi ke Port Dickson-Seremban suatu ketika dahulu.


Mungkinkah suatu hari nanti laluan keretapi ini akan dibangunkan semula? Perkara ini amat tipis kerana laluan jalan raya telah menjadi laluan yang lebih cepat dan efisyen buat masa ini.

Adalah diharapkan agar pihak kerajan atau KTMB dapat menjadikan stesen KTMB Port Dickon sebagai muzium KTMB kerana ianya adalah antara stesen terawal yang dibangunkan oleh pihak British. Setidaknya, ianya akan terpelihara sebagai satu khazanan Negara dan menjadi sumber maklumat. Di samping itu, ia akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar Negara. Malah generasi muda ramai yang tidak tahu tentang kewujudan stesen dan laluan ini akan dapat mengetahuinya. 




(C) Copyright 2019. Teknik Idea. 

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...

Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman

Apakah Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman? Apakah Chargeman? Atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Penjaga Jentera Elektrik. Adakah mereka yang membuat pendawaian elektrik atau yang membaikpulih peralatan elektrik? Ataupun adakah mereka yang menghidupkan dan mematikan sumber kuasa? Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), Chargeman (Penjaga Jentera Elektrik) adalah orang kompeten yang diiktiraf oleh ST dan mempunyai skop tugasan seperti berikut: SKOP TUGASAN Mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit to Work) kepada orang yang bekerja di bawah kawalannya. Ringkasnya, Chargeman adalah orang yang mengawalselia segala yang berkaitan dengan pembekalkan kuasa elektrik dan pengagihan kuasa elektrik. Mereka memastikan segala peralatan dan perkakasan pengagihan elektr...