Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Tukar Sendiri Mentol Depan Kereta Anda Yang Terbakar

Boleh dikatakan pada waktu malam, 1 daripada 10 atau mungkin 1 daripada 6 kereta yang melalui jalanraya mengalami kerosakan lampu. Biasanya rosak sebelah saja kerana jika dua-dua belah rosak, sudah tentu dia tak jalan. Melainkan motosikal dimana tiada lampu pun mereka tetap jalan kerana mereka berani mati. Sebenarnya, kereta yang mengalami kerosakan lampu sebelah mungkin adalah diri anda sendiri. Mengapa tidak dibaikpulih atau ditukarkan sahaja mentol tersebut. Bukan sudah berhari-hari, malah sudah berbulan-bulan pun tidak dibaikpulih melainkan jika kedua-dua lampu rosak barulah terhegeh-hegeh nak ke kedai. Anda boleh menukar mentol lampu kereta anda sendiri dengan membeli mentol tersebut di kedai-kedai serbanika seperti Mr. DIY. Ini disebabkan anda lebih kerap ke Mr. DIY berbanding ke Bengkel kereta. Jikalau malas sangat, boleh beli mentol di Lazada atau Shoppee. Antara saiz mentol yang popular adalah H7, H5 dan H1. Lain kereta menggunakan jenis mentol yang berbeza tetapi biasanya ber...

Pengenalan Kepada Drone Mavic Mini. Permulaan Kepada Profesional.

Benar, kalau anda berminat untuk menjadi pemain Drone profesional, anda harus bermula dengan set Drone yang lebih mencabar dan boleh pergi jauh. Paling penting berkualiti.  Kita faham di Shoppee atau lazada ada banyak drone Cap Ayam yang murah dan nampak macam best tetapi sebenarnya hampeh kerana tidak seperti yang diharapkan. Dipendekkan cerita, Drone Mavic Mini keluaran DJI adalah Drone yang mempunyai segala ciri-ciri untuk pengendali profesional. Mungkin Drone ini tidak sesuai untuk anda jika anda baru mahu bermula belajar. Tetapi masih boleh digunakan dengan panduan atau tunjuk ajar dari pakar. Jika anda benar-benar zero, lebih baik belajar dengan Drone yang lebih kecil seperti DJI Tello dengan bantuan pakar. Kemampuan Drone Mavic Mini: -Seberat hampir 250 gram (249 sahaja). -Ketahanan bateri antara 25 hingga ke 30 minit. -Mampu terabang sehingga 500 meter dari paras tanah. (Ini jarak mencancang). -Mampu pergi sejauh lebih dari 4 KM. (Ini jarak mengufuk). -Dilengkapi kamera ber...

Trade Forex Boleh Jadi Kaya Ke?

Semua orang Trade Forex nak jadi kaya cepat. Modal kecik tapi nak untung besar. Itu biasa kerana memang itulah daya tarikan forex. Berdasarkan Fakta, hampir 80% trader forex rugi. Malah ada yang kata hampir 90%. Jadi, kemungkinan anda rugi semestinya sangat besar. Tetapi dalam dunia Trading Forex ni, kebanyakan akan beranggapan mereka adalah dalam kumpulan kecil 10% tersebut iaitu yang buat untung. Kononnya lah. Trade Forex memang senang walaupun takde modal. Daftar sahaja akaun sudah dapat modal percuma dan kalau nak Trade (Jual/Beli), Klik sahaja di Talifon anda tanpa perlu berfikir apa-apa. Sambil tidur pun boleh buat proses Trading Forex. Kucing pun boleh Trade kan untuk anda sebenarnya. Satu perkara yang menyebabkan anda akan bersemangat untuk terus trade forex adalah bila anda dapat buat keutungan. Ini selalu terjadi kepada orang-orang baru. Anda boleh melihat anda berada di kategori mana sekarang: -Tidak tahu apa-apa pun tentang Forex. Memang Zero habis. -Baru baca sikit-sikit. ...

Pengenaan Kepada Bermain Drone

Kalau kita lihat orang main drone, nampak macam menarik tetapi adakah menarik bila kita main? Budak-budak memang suka tengok Drone atau mungkin main dengan Drone tetapi persoalannya adakah Drone ini permainan atau mesen? Ramai teruja bila melihat Drone terbang dan teringin untuk melihat atau bermain dengan Drone. Ada juga yang berimpikan untuk membeli Drone tetapi adakah ianya satu keperluan untuk anda beli? Jenama Drone Banyak jenama Drone di pasaran tidak kira yang mahal atau Cap Ayam (murah punya) tetapi semua pun boleh terbang. Cuma perbezaannya akan dilihat pada kemampuan dan kualiti Drone tersebut apabila diterbangkan nanti. Drone murah memang berlambak di pasaran Online seperti Shoppe dan Lazada. Tetapi yang berkualiti juga dijual di Platfrom tersebut. Walaupun begitu, ramai yang mencadangakn agar ianya (yang mahal) dibeli di kedai atas faktor keselamatan dan kepercayaan. Drone terkenal seperti keluaran DJI memang berkualiti dan dipercayai. DJI adalah jenama yang paling terkenal...

Harimau Malaya Sebenar Yang Kita Semua Sudah Lupakan.

Sebut sahaja Harimau Malaya, kita mesti membayangkan ia adalah skuad bolasepak kebangsaan dan pasukan terkuat bolasepak negara. Bukan untuk menafikan Pasukan Bolasepak Kebangsaan, sokongan terhadap pasukan bolasepak memang sudah pasti dan tiada berbelah bahagi. Tetapi nama Harimau Malaya sebenarnya sudah ada hakmilik khusus sejak dahulu lagi iaitu spesis haiwan yang sangat terancam dan kritikal iaitu Harimau yang hidup di semenanjung Malaysia. Kita semua sudah semestinya lupakan haiwan unik dan istimewa ini pada zaman moden. Samada ia wujud atau tidak kita tidak pernah ambil tahu dan apa yang kita tahu, ia wujud di Zoo sahaja. Untuk perbincangan di bawah, Harimau Malaya adalah merujuk kepada spesis Harimau yang hidup di Semenanjung Malaysia yang dikenali juga sebagai Panthera Tigris Jacksoni.  Harimau Malaya memerlukan kawasan yang luas untuk hidup disebabkan mereka adalah haiwan yang liar dan hidup berlandaskan wilayah. Mereka mampu mengembara jauh dan berlari dengan pantas walaup...

Mengapa Ramai Tak Mahu Gunakan Pengangkutan Awam di Malaysia?

Jika soalan ini diajukan kepada 'budak baru nak up' dan mereka ada jawapan seperti berikut: Orang ramai tiada kesedaran tentang kepentingan menggunakan Pengangkutan Awam yang sudah disediakan oleh kerajaan. Tetapi jawapan yang akan dijawab oleh Orang Ramai dengan jujuran biasanya: Lambat, Mahal dan Terhad. Jawapan yang lebih tepat kepada persoalan ini iaitu: Malas.

Kebebasan KeWangan. Adakah Ini Impian Anda? Sila Baca Dahulu.

Ramai orang naik kejar kebebasan kewangan dengan beranggapan jika anda berada pada tahap itu, tak perlu lagi bekerja dan boleh bersenang lenang. Apakah yang dimaksudkan dengan Kebebasan Kewangan, secara amnya, ramai orang beranggapan kebebasan kewangan adalah dimana anda sudah mempunyai harta yang mampu menjana pendapatan melebihi gaji bulanan dan anda tidak perlu bekerja lagi. Soalnya adakah kebebasan kewangan itu wujud?

Kemusnahan Hutan Memang Tidak Dapat Dielakkan

Tidak boleh dinafikan lagi di Bumi terdapat satu makhluk yang terus berkembang dan populasi mereka semakin meningkat setiap hari ke hari. Makhluk itu adalah Manusia sendiri. Peningkatan populasi manusia tidak dapat dielakkan dan kesan pertambahan populasi manusia adalah punca utama kepada perubahan di Bumi ini. Perubahan tersebut adalah penerokaan hutan untuk pembangunan yang kemudiannya membawa kepada pemanasan global. Kemusnahan hutan adalah perlu (walaupun hendak dielakkan) kerana manusia memerlukan ruang untuk hidup, makanan dan melaksanakan aktiviti pekerjaan. Ini memang sesuatu yang kita tidak mampu lagi nafikan sekarang. Lihat sahaja sejak 10 tahun yang lalu iaitu tahun 2010, berapa banyak haiwan-haiwan liar seperti Gajah, Beruang dan Harimau yang keluar dari habitat mereka. Semestinya ini berpunca daripada Hutan-Hutan Simpan yang telah dimusnakan untuk pembangunan. Faktor pemburu haram juga menyebabkan haiwan-haiwan ini keluar mencari perlindungan. Walaupun penerokaan hutan tel...

Bagaimana Untuk Mengelakkan/Mengatasai Kesesakan Lalu Lintas (Traffic Jam)

Senang saja kerana jawapan yang paling tepat adalah Naik Motor. Masalah naik motosikal adalah risiko yang tinggi, hujan dan leceh. Barang pun tidak boleh dibawa dengan banyak. Tetapi dengan menunggang motosikal, anda hampir pasti boleh mengelakkan kesasakan lalu lintas kecuali jika jalan ditutup. Tidak ada jalan lain kerana kalau ada, sudah tentu orang ramai akan gunakan teknik tersebut. Jawapan yang sering anda dengar: -Naik pengangkutan awam. -Berkongsi kereta. -Bergerak pada waktu lengang (elakkan waktu puncak) -Gunakan laluan yang tidak sesak. -Dan paling popular anda dengar adalah Rancang Perjalanan Anda. Kesemua di atas telah terbukti tidak berkesan untuk mengatasi kesesakan pada waktu puncak selain daripada menghadapi kesesakan tersebut. Sebenarnya, keretapi (laluan rel) adalah jalan terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tapi apakan daya. Jujurnya, sistem pengangkutan keretapi negara memerlukan penambahbaikan dan naik taraf. Kelemahan ini menyebabkan sambutan agak kur...

Drone DJI Tello (Ryze Tech). Best Atau Tak?

Kalau anda sudah memahami serba sedikit tentang Drone kini, ambil langkah pertama iaitu mengenali Drone asas dahulu. Tidak perlu terbang jauh-jauh dan tinggi-tinggi kerana anda masih di tahap Beginner. Drone asas yang mudah dipelajari adalah DJI Tello yang merupakan keluaran paling murah dari DJI. Berkualiti dan paling murah tetapi masih menarik untuk dimainkan oleh orang-orang baru belajar. Tello adalah Drone kecil sebesar kepala anda atau dua tapak tangan yang memiliki segala ciri-ciri asas Drone berkualiti. Selain mudah untuk dikawal, Drone ini hanya memerlukan Telefon Pintar sahaja untuk dikendalikan. Anda masih boleh menggunakan Tello walaupun tidak membeli Alat Kawalannya. Tello mampu terbang dalam tempoh 12 ke 15 minit pada ketinggian maksimum 30 meter dari tanah. Ia menggunakan sambungan WiFi dengan Telefon Pintar, maka jarak kawalan paling maksimum sekitar 100 meter. Jika anda membeli Alat Kawalannya juga, jarak maksimum mampu mencecah lebih dari itu. Secara amnya, Tello adala...

Drone Apa Yang Best Nak Beli? Pening Nak Pilih.

Kalau anda nak bagi anak-anak anda main, beli sahaja yang murah di Lazada & Shoppe. Berlambak Drone dengan jenama murah di sana. Memang boleh terbang dan ambil gambar tetapi kualiti jangan ditanya. Jahanam pun cepat. Ada yang belum pakai pun sudah jahanam. Tapi biasanya Drone yang anak anda main akan hilang atau rosak begitu sahaja, dan di simpan di dalam almari atau dibuang di tong sampah juga akhirnya. Seperti yang anda ketahui, Drone bukan mainan budak-budak kerana tidak sesuai. Paling kurang nak main Drone biarlah usia remaja. Memang ada budak-budak yang pandai main tetapi yang benar-benar terlatih. Beranggapan Drone ini pemainan kanak-kanak mungkin adalah pandangan umum. Jika anda mahu kualiti dan serius nak main Drone, belilah brand DJI kerana ia paling popular di Malaysia. Tambahan pula senang nak medapatkan Servis, Alat Ganti, Warranty dan sebagainya. Ada jenama-jenama lain yang bagus juga tetapi kurang digunakan seperti Parrot, Xiomi, Huawei dan lain-lain. Sekiranya anda m...