Skip to main content

Kenapa Warga Asing Mudah Berniaga di Negara Kita?

kedatangan warga asing untuk berniaga di negara kita seperti dari bangladesh, pakistan, india, myanmar (rohingya), filipina, vietnam dan lain-lain tumbuh macam cendawan selepas hujan.

ramai di kalangan mereka berniaga dengan membuka kedai makan, kedai runcit, mini market, bengkel kenderaan, kedai tinted kereta, kedai telefon bimbit, kedai perabot, kedai karpet/tikar dan banyak lagi. malah, mereka juga sudah menguasai perniagaan kereta tunda, pengangkutan lori dan bermacam-macam lagi. ada dikalangan mereka juga sudah menjadi kontraktor elektrik, mekanikal/perpaipan dan pembinaan yang sangat mengujakan.

kehebatan mereka kelihatan sudah tidak mampu dikekang lagi dan sebarang usaha untuk menghalang mereka kelihatan tidak sedikit pun melemahkan apatah lagi memperlahankan keupayaan mereka.

mengapa ini berlaku? ramai akan mengatakan disebabkan oleh pengutkuasan yang lemah dan ramai warga tempatan yang sanggup menjadi tali barut mereka dengan menjadi ali baba. lesen disewakan kepada warga asing untuk berniaga. memeng ada kebenarannya perkara ini tetapi ada beberapa faktor lain yang harus kita tahu iaitu:

- warga asing yang berniaga ke malaysia ini bukan calang-calang orang. benar, kebanyakan mereka ada duit, berharta, berkemampun, berkemahiran serta mampu menjana ekonomi dengan lebih hebat lagi tanpa kita sedari. jika di negara mereka, taraf kekayaan mereka bukan calang-calang. sebab itu mereka mampu membuka perniagaan yang memerlukan modal besar dan kemahiran tinggi di negara kita.

- jika ada duit segalanya mungkit. bukan sekadar penguatkuasa, rakyat tempatan sudah mesti mahu mendapatkan wang mudah dengan menjadi talibarut ali baba dengan menyewakan lesen perniagaan dan akaun bank kepada mereka.

-kenapa warga asing ni tak berniaga di negara mereka? soalan bagus ini memang perlukan satu penjelasan khusus. bukan tidak mahu, tetapi peluang di negara mereka tidak sama di negara kita. kuasa beli di negara mereka seperti di pakistan dan bangladesh agak rendah. sukar untuk menghidupkan perniagaan apatah lagi menjana keuntungan. jika mereka kekal di negara mereka, harta dan kekayaan mereka akan jatuh dan berkurang. risiko memiliki kekayaan di negara mereka juga agak tinggi kerana banyak faktor kecurian atau khianat boleh berlaku jika harta kekayaan tidak dijaga dengan betul.

mereka perlu melakukan sesuatu dengan mencari negara yang mudah untuk disuap seperti di negara mana lagi? di negara kita setidaknya, mereka dapat mengekalkan kekayaan mereka dengan selamat kerana undang-undang kita boleh dibeli dengan wang. talibarut juga mudah dicari hanya dengan menghulurkan sedikit wang kopi.

inilah sedikit sebanyak faktor mengapa semua ini berlaku.


Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...