Skip to main content

Apakah Masa Depan Warga Asing di Negara Kita?

memang pahit untuk ditelan, itulah hakikatnya. kebanjiran warga asing di negara kita sudah sampai ke tahap keterlaluan dan seperti tidak mungkin dapat dipertahankan lagi.

warga asing yang dimaksudkan bukanlah pelancong, tetapi warga asing yang mungkin tidak kita menyenangi kehadiran mereka.

dari hulu sungai hingga ke lautan, masuk ke hutan belantara, di perkampungan, pekan, bandar dan malah ke puncak gunung sekalipun kita akan berjumpa dengan warga asing dari bangladesh, pakistan, myanmar, india, vietnam, china, arab dan banyak lagi.  

kebanyakan mereka masuk ke negara secara sah baik sebagai pekerja di semua sektor, berniaga, bersahaja dan banyak sebab lagi yang tidak diketahui. ada yang mkenyatakan sekitar 3 juta warga asing di negara walaupun bilangannnya lebih ramai lagi kerana terdapat kemasukan tanpa rekod atau secara haram. malah, ada yang menganggarkan sekitar 5 ke 8 juta warga asing terdapat di negara.

berlandaskan apa yang berlaku sekitar 5, 10 dan 20 tahun yang lalu, kita sudah boleh menjangkakan bilangan warga asing akan bertambah dengan lebih mendadak dalam 5 ke 10 tahun akan datang. jika situasi ini berterusan, mungkin akan ada sekitar 10 ke15 juta warga asing menjelang 2025 ke 2030 atau mungkin lebih daripada itu.

orang tempatan teruatamanya di kalangan orang miskin dan berpendapatan rendah akan kehilangan segalanya menjelang 5 hingga 10 tahun lagi. warga asing sudahpun membolot semua sektor pekerjaan buruh am di banyakan kilang dan sektor pembinaan. sektor lain seperti pembersihan dan kawalan keselamtan sudah pun menjadi kewajipan mereka.

orang tempatan juga akan kehilangan pekerjaan dalam perniagaan tertentu seperti peruncitan, bengkel kenderaan, kedai makan, pasar malam dan banyak lagi sektor lain kerana ianya sudahpun dikuasai oleh warga asing.

situasi yang lebih buruk lagi mungkin akan berlaku kerana perbezaan budaya dan cara hidup akan mengubah segala-galanya. mungkinkah keamanan dan taraf sosial akan menjadi lebih buruk? kita akan lihat perkara ini dalam tahun-tahun yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...