Skip to main content

Pemula Motor Elektrik (Motor Starter)


Fokus kepada motor elektrik 3 fasa jenis induksi (3 Phase Induction Motor). Pemula motor adalah seperti berikut :

-Basic Starter (Manual motor starter). Suiz khas untuk memulakan motor (beri kuasa) tanpa menggunakan Contactor atau kawalan lain. Iany aseperti suiz biasa (satu fasa atau tiga fasa) yang mungkin mengandungi Overload.

-DOL Starter. Direct Online Starter tidak seperti suiz asas tadi. Ia mengandungi Contactor yang menjadi penyambung utama antara bekalan kuasa dan motor. Suiz di tekan bertujuan untuk mengaktifkan Contactor tadi. Overload biasanya ditambah pada Contactor untuk keselamatan dan perlindungan.

-Star Delta Starter. Sistem pemula Star Delta 
lebih kompleks dimana ia mengandungi dua jenis kaedah peyambungan kuasa kepada motor iaitu sambungan Star dan kemudian Delta. Sambungan Star menggunakan lebih banyak kuasa berbanding Delta. Star digunakan untuk memulakan motor yang statik dan selepas beberapa saat ditukar kepada sambungan Delta.

-Inverter Control Motor. Inverter adalah peralatan elektronik kuasa yang akan membekalkan kuasa kepada motor melalui kawalan elektronik. Cara kuasa dibekalkan adalah kompleks dan boleh menjadi gabungan star delta atau lain-lain. Penggunaan Inverter lebih mudah dan menjimatkan kos tetapi harga Inverter agak mahal.

Comments