Skip to main content

Jurutera Elektrik & Penyelenggaraan (Electrical Engineer & Maintenance )

Pengenalan

Tujuan utama blog ini ditulis adalah untuk berkongsi pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang penyelenggaraan dan elektrikal. Ianya ditujukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Juruteknik atau Jurutera Penyelenggaraan atau yang sudah pun menjawat jawatan tersebut. Segala maklumat yang terdapat dalam blog ini akan dapat digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas secara amnya. Tidak kira samaada anda akan bekerja sebagai vendor/kontraktor atau konsultan. Ataupun anda bekerja di kilang-kilang, tapak pembinaan, hotel/resort, lapangan terbang, komplek bangunan pasaraya, bangunan kerajaan atau di mana-mana sahaja. Anda boleh menggunakan maklumat dalam blog ini sekiranya ia berkaitan dengan bidang tugas anda. Perbincangan di blog ini lebih menjurus kepada skop tugas Jurutera Fasiliti & Penyelenggaraan Elektrik secara umum sahaja. Perbincangan tentang asas penyelenggaraan, mesen-mesen & perincian peralatan tidak akan diulas secara khusus.

Untuk menjadi seorang Facility dan Maintenance Engineer atau Technician. Perkara yang perlu dimiliki adalah kemahiran teknikal yang baik dan pengalaman. Sekiranya masih baru, and perlu mempelajari kemahiran sedikit demi sedikit.



Topik-Topik Yang Akan Dibincangkan

  •           Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer).

  •           Pengenalan tentang peralatan dan mesen fasiliti (Facility Support Machine) seperti Air Compressor, Cooling Tower, Air Condition & sebagainya.

  •           Peralatan Khusus seperti : Waste Water Treatement System. Pure Water System.

  •           Electrical Distribution : Low Voltage Room. High Voltage Room. Transformer Room.

  •           Hal Ehwal Keselamatan Elektrik.


Kesimpulan

Semoga dengan kewujudan blog ini akan dapat membantu semua Jurutera & Juruteknik, Para Graduan, Pemain Industri atau sesiapa sahaja dalam mencari maklumat asas tentang penyelenggaraan fasiliti dan mesen secara umum. Selain itu, mereka akan dapat berkongsi maklumat tentang teknologi baru yang terdapat di premis mereka.
 

Comments

Popular posts from this blog

Bidang Tugas Jurutera Penyelenggaraan/Fasiliti

Bidang tugas utama seorang Jurutera/Juruteknik Fasiliti dan Penyelenggaraan (Facility & Maintenance Engineer). Secara amnya, bidang tugas Jurutera Fasiliti adalah berbeza dalam setiap organisasi atau syarikat. Ianya bergantung kepada keperluan dan skop tugas jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaannya bidang tugas mereka seperti berikut: Memastikan mesen-mesen dan peralatan berada dalam keadaan baik supaya proses pengeluaran dan perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun. Melaksanakan penyelenggaraan berkala dan pencegahan terhadap semua mesen dan peralatan. Membaikpulih mesen dan peralatan apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Menjaga stok alat ganti. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan mesen dan peralatan baru. Menjalankan projek-projek tertentu yang dikehendaki oleh syarikat. Melatih peke...

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0?

Bagaimana Menjadi Chargeman Asas A0? Terdapat kursus sepenuh masa untuk menjadi chargeman dan juga separuh masa. Sekurang2nya seseorang itu harus tamat Tingkatan 5 dan berumur 20 tahun ke atas untuk mengambil kursus sijil chargeman asas A0/A1 secara sepenuh masa. Jika sesorang itu telah memiliki lebih 2 tahun pengalaman kerja yang melibatkan perkakasan elektrik, dia boleh memohon kursus separuh masa. Jika anda baru ha bis SPM dan mahu menjadi Chargeman, tiada masalah untuk mengambil kursus sepenuh masa. Apa yang ingin saya bincangkan disini adalah jika anda mahu mengambil kursus separuh masa (atau part time). Iaitu belajar sambil bekerja. Tetapi, untuk menjadi Chargeman Voltan Tinggi pula perlu berperingkat-peringkat. Bermakna untuk menjadi chargeman volltan tinggi B, anda perlu menjadi chargeman voltan rendah A terlebih dahulu. Anda juga perlu memiliki sijil kompetensi perkakasan tambahan yang terlibat iaitu kamahiran kerja2 Talian Atas (Overhead) dan Janakuasa (Genera...

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa

Kursus Chargeman A0/A1 Separuh Masa Jika anda sudah bekerja dan berminat untuk menjadi Chargeman atau ingin meningkatkan kebolehan diri, anda boleh boleh menjalani kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) separuh masa. Terdapat dua kursus yang dijalankan iaitu Kursus PJE A0 dan A1. Syarat2. -Tamat Tingkatan Lima. -Memiliki sekurang2nya dua tahun pengalaman bekerja yang melibatkan perkakasan elektrik untuk mengambil kursus PJE A0. -Mempunyai pengalaman tambahan setahun dalam kerja2 yang melibatkan pendawaian elektrik talian atas (Overhead) jika mahu mengambil kurus PJE A1. Yuran Kursus. RM2950 tidak termasuk RM200 untuk pendaftaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Jangkamasa Kursus A0. 9 Bulan secara separuh masa atau 480 Jam. Kelas biasanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahas bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebelum ini terdapat kelas pada hari Rabu dan Khamis pada waktu malam tetapi telah dimansuhkan. Syarat2 Lain. -Mengikuti ke...