Zaman sekarang di negara kita (Malaysia) semakin ramai yang akan membeli mesen penapis & pemanas air terkenal dari Korea dan Jepun. Apalagi kalau bukan Coway dan Cuckoo. Malah, bagi sesetengah keluarga atau syarikat, perkara ini adalah wajib bagi mereka. Realetinya, adakah berbaloi memiliki mesen tersebut di rumah? Adakah perlu atau adakah ianya menjimatkan? Mesen penapis air seperti Cuckoo dan Coway sebenarnya sudah lama wujud sejak 100 tahun lalu di negara barat. Tetapi dua jenama ini lebih terkenal kerana mereka lebih susuai digunakan di negara ini. Jika dilihat dari sudut kesenangan, kemudahan dan keselesaan memilik mesen tersebut semestinya memang benar. Memasang mesen penapis air di rumah adalah keinginan sesiapa pun. Tetapi jika dilihat dari harga bil elektrik dan penyelenggaraan yang anda perlu bayar, anda mungkin perlu berfikir dua kali. Sebelum ini, teknik lama yang digunakan oleh generasi lama adalah memasak air yang telah ditapis (menggunakan penapis biasa sahaja). Atau...