Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Bolehkah Laluan Rel KTMB Seremban Ke Port Dickson Dibaikpulih?

Bolehkah Laluan Rel KTMB Seremban Ke Port Dickson Dibaikpulih? Kenyataan Menteri pengangkutan (Nov 2019) untuk membuat kajian kos membaikpulih laluan KTMB Seremban Port Dickson adalah sesuatu yang menarik. Malah, pada tahun 2016, bekas MB Negeri Sembilan pernah menyatakan adalah bagus sekiranya laluan ini dapat dibaikpulih semula untuk tujuan pelancongan.  Laluan KTMB Seremban ke Port Dickson adalah antara laluan terawal yang dibina oleh British pada era 1891. Kira2 beberapa tahun selepas laluan Taiping - Port Weld dibina pada 1885. Tidak ada apa yang mustahil untuk dilakukan. Tetapi untuk membaikpulih laluan rel keretapi lama dari Seremban ke Port Dickson kelihatan agak leceh. Sila lihat galeri2 di bawah: Salah satu lencongan rel keretapi di Kampung Rasah. Laluan rel ini hanya menjadi kawasan semak samun walaupun masih kelihatan ruang kosongnya. Laluan rel keretapi berdekatan dengan Masjid Rasah dan jambatan lingkaran tengah seperi sudah lenyap. Terdapa...

Asas Elektrik, Rintangan, Kapasitor, Induktor & Litar RLC

Topik 2 Asas Elektrik Hukum Ohm, I = V/R Komponen R, L dan C Litar RLC, Litar R (Arus sefasa Voltan), Litar L (Voltan mendahului Arus), Litar C (Arus mendahului Voltan) Hukum Ohm RLC, I = V/Z Z = Punca Kuasa (R Kuasa Dua + (XL – XC)Kuasa Dua) XL = 2 x Pai x F x L XC = 1 / (2 x Pai x F x C)  Litar R dalam Arus Ulang Alik (R Selari & R Bersiri) Litar L dalam Arus Ulang Alik (L Selari & L Bersiri) Litar C dalam Arus Ulang Alik (C Selari & C Bersiri) Galangan,Z dalam litar RLC Sambungan Selari Z dalam litar AU Litar Selari RL, Litar Selari RC, Litar Selari RLC

Pertolongan Cemas & Pemulihan Pernafasan (Nota Ringkas)

Topik ini merupkan topik penting yang waji b diketahui oleh Orang Kompeten (Chargeman dan lain2). Di sini disediakan sedikit nota ringkas untuk anda mengetahui apakah itu Pertolongan Cemas dan bagaimana untuk melaksanakan Pemulihan Pernafasan secara mudah. Ianya le bih baik daripada anda tak tahu apa2 kerana terlupa. Prinsip Pertolongan Cemas -Menyelamatkan Nyawa -Mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk -Memberi kelegaan dan keselesaan Penilaian Awal Pesakit -Bahaya : Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya -Tindak balas : Adakah pesakit itu sedar -Salur Udara : Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan -Pernafasan : Adakah pesakit itu bernafas -Sekililing : Adakah nadinya berdenyut Bertindakbalas Berdasarkan Penilaian Anda -Tidak sedar diri tiada nadi atau tidak bernafas : Hubungi 999 dan mulakan CPR -Tidak bernafas dan ada nadi : Beri satu hembusan tiap2 5 saat sebanyak 12 kali. Hubungi 999 untuk Ambulans. Pemulihan pernafasan. ...

Buku Akta Bekalan Elektrik 1990

Buku Akta ini adalah sangat penting dan menjadi rujukan semua pihak terutama Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Malaysia khususnya JKR, Syarikat2 Swasta dan Orang2 Kompeten. Buku yang mengandungi lebih daripada 244 muka surat ini menghimpunkan segala peraturan2 Elektrik yang berkaitan dengan Undang2. Buku Akta ringkasnya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: 1. Akta Bekalan Elektrik (Akta 447)  *Hampir 30% kandungan 2. Peraturan2 Elektrik   *Hampir 50% kandungan 3. Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) (Akta 448) *Kurang 10% dari kandungan -Lain2 seperti Sejarah TNB & Kandungan.   *10% dari kandungan Jika anda masih baru, mungkin sukar untuk memahami secara keseluruhan tentang Buku Akta ini kerana anda perlu memahami tugasan Chargeman (dan Jawatan Kompeten lain) bagi memahami Akta dengan lebih lanjut. Namun begitu, secara pengenalan, anda boleh membaca topik2 di bawah untuk mengetahui serba sedikit tent...

Silibus Pelajaran Chargeman A0 Secara Separuh Masa

Ringkasnya, kursus separuh masa A0 ter bahagi kepada 32 minggu (dalam 9 b ulan) termasuklah minggu pendaftaran (mula) dan minggu peperiksaan (last).  Jadual di bawah boleh mem berikan anda gam baran bagaimana sili bus kursus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga, di bahagian kepada 32 minggu dalam masa 9 bulan. Terdapat minggu2 yang tiada kelas kerana hari perayaan dan lain2.  Walau bagaimanapun, jadual di bawah ini hanyalah se bagai rujukan sahaja kerana ianya mungkin beru bah2 mengikut budi bicara tenaga pengajar dan penyelaras kursus. Institusi Kemahiran lain akan mempunyai aturan jadual yang ber beza2. Minggu 1 -Pendaftaran dan Taklimat Kursus Separuh Masa Minggu 2 Sa btu =Akta bekalan Elektrik 1990 & Latihan. (Teori) -Akta2 berkaitan, Seksyen2 berkaitan dan Latihan2. Ahad=Peraturan Elektrik 1994 & Latihan (Teori) -Peraturan Berkaitan, Sub-Peraturan & Latihan Minggu 3 Sa btu =Kursus Pertolongan Cemas & Pemulihan...