Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

5G, 4G & 3G. Kelajuan Manakah Sebenarnya Telefon Kita Pakai?

Teknologi 5G semakin berkembang dan maju di media dan berita yang kita dengar saban hari. Khabarnya di negara kita. Namun begitu, masih timbul persoalan berapa G yang yang kita sedang gunakan? Adakah kita benar-benar berada pada kategori 5G? Baiklah. Umumnya jika anda duduk di bandar-bandar utama atau pekan besar, mudah untuk mendapatkan capaian 4G tetapi realitinya kelajuannya tidaklah seperti 4G pun. Bergantung kepada pelan internet yang anda beli, kelajuan yang anda capai biasanya tidak seperti yang diharapkan. Jika anda berada di lokasi yang sesak seperti taman perumahan atau rumah pangsa yang sempit, pasti akan berlaku kesesakan data internet. Ini menyebabkan kelajuan data akan berkurangan. Jika anda berada di kawasan kampung, biasanya capaian internet agak lemah bergantung kepada lokasi anda berada. Jika berdekatan dengan menara pemancar, mungkin lebih baik. Namun begitu, semakin terpencil kampung itu dan lokasi anda, semakin lemah capaian data walaupun kelihatan masih ada 4G ata...

Mengapa Terowong Jalan Raya Kurang Dibina Di Negara Kita Pada Zaman Sekarang

Terowong, itulah yang kadangkala kita ingin jumpa terutama sekali jika memandu di Jalan Raya. Melalui terowong dengan keretapi atau LRT itu perkara biasa tetapi tidak jika memandu kenderaan di Jalan Raya. Kecuali Terowong Smart yang juga bertujuan untuk mengawal banjir dan mnegurangkan kesesakan akibat kekuranagn ruang. Mengapakah kini terowong tidak lagi menjadi penting di Jalan Raya mahupun Lebuhraya?

Bank Digital Yang Semakin Berkembang

Mengapakah perbankan tradisional seperti yang diamalkan di kaunter dan bank penyimpanan wang sejak dahulu semakin tidak relevan? Apakah yang sedang berlaku pada zaman kini? Serangan Bank Digital semakin rancak dan mungkin akan menggantikan konsep perbankan tradisional dari masa ke semasa.

Benarkah Bahan Api Fosil Tidak Akan Digunakan Lagi?

Buat masa ini, bahan api fosil seperti petrolium dan arang batu masih menjadi sumber yang penting kepada dunia. Walaupun sumber tenaga diperbaharui seperti tenaga suria dan lain-lain semakin berkembang. Namun, ia masih perlahan dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan tenaga yang semakin meningkat. Ramai yang kononnya pakar yang cakap bahawa bahan api fosil tidak akan digunakan lagi dalam masa 20 hingga 30 tahun akan datang. Benarkah pendapat itu?

Era Kenderaan Elektrik Akan Bermula?

Mungkin tidak ketara di negara kita atau di rantau Asia Tenggara, namun era kenderaan elektrik sebenarnya semakin rancak di negara-negara maju. Negera-negara seperti USA, China, Japan, Germany dan UK contohnya semakin menggunakan kereta Elektrik terutamanya di bandar-bandar.

Bateri Smart TAG Yang Cepat Habis, Apakah Penyelesaiannya?

Penyelesaian terbaik untuk bateri (9V Empat Segi) Smart Tag yang cepat habis ialah tak payah pakai bateri kerana memang ia akan habis cepat.  Jadi nak pakai apa? Ya, gunakan power bank sepertimana telefon anda pakai. Anda perlu membeli satu peralatan kecil yang bernama '5V USB to 12V Converter' yang terdapat di Lazada atau Shoppe. Harganya tidaklah mahal sangat pun. Satu cara lagi adalah gunakan Smart RFID Chip tetapi peralatan baru ini tidak terdapat di semua Plaza Tol.