Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Pengagihan Kuasa Elektrik

Low Voltage Room :Bilik pengagihan bekalan elektrik voltan rendah 415V. Bilik ini mengandungi peralatan pensuisan elektrik seperi Circuit Breaker, Capacitor Bank dan Kabinet Utama. Tujuan untama bilik ini adalah untuk membuat pengagihan bekalan elektrik kepada setiap seksyen. Bilik ini biasanya diuruskan oleh Penjaga Jentera Elektrik kelas A. High Voltage Room :Bilik pensiuisan voltan tinggi. Melebihi 11kV Bilik ini mengandungi peralatan Switch Gear untuk membolehkan pensuisan voltan tinggi 11kV dilakukan. Bekalan kuasa 11kV yang diterima dari TNB akan diaktif atau padam melalui bilik ini sebelum dihantar kepada transformer penurun voltan. Transformer Room :Bilik terletaknya transformer penurun voltan. Dari 11kV kepada 415V. Bilik ini mengandungi transformer untuk menurunkan voltan tinggi 11kV yang diperoleh dari HV Room kepada 415V. Voltan rendah 415V akan disalurkan kepada LV Room. Terdapat pelbagai jenis transformer yang digunakan contohnya seperti jenis kering.

Motor Elektrik

Motor Elektrik Dalam industri atau kilang-kilang, motor elektrik adalah alat yang sangat penting dan banyak digunakan. Penggunaannya sangat meluas di mesen-mesen dan segala jenis peralatan.Terdapat banyak jenis motor elektrik yang digunakan dalam industri. Ada yang menggunakan sumber kuasa satu fasa dan tiga fasa. Contoh motor elektrik sefasa yang menggunakan kuasa rendah adalah mesen pengisar kelapa dan pam air rumah. Perbincangan dalam blog ini lebih menjurus kepada motor tiga fasa jenis induction. (Three Phase Induction Motor). -Motor elektrik sefasa (Single Phase Motor). Biasanya digunakan dalam kelas domestik dan berkuasa rendah iaitu kurang dari 1000 Watt. -Motor Elektrik Tiga Fasa (Three Phase Induction Motor). Banyak digunakan dalam industri kerana kesesuaian reka bentuk, tahap keberkesanan elektrik dan mudah diselenggara. Dalam kilang-kilang, terdapat motor 3 fasa berkuasa rendah seperti 100 Watt sehingga berkuasa besar melebihi 500kW.

Pemula Motor Elektrik (Motor Starter)

Fokus kepada motor elektrik 3 fasa jenis induksi (3 Phase Induction Motor). Pemula motor adalah seperti berikut : -Basic Starter (Manual motor starter). Suiz khas untuk memulakan motor (beri kuasa) tanpa menggunakan Contactor atau kawalan lain. Iany aseperti suiz biasa (satu fasa atau tiga fasa) yang mungkin mengandungi Overload. -DOL Starter. Direct Online Starter tidak seperti suiz asas tadi. Ia mengandungi Contactor yang menjadi penyambung utama antara bekalan kuasa dan motor. Suiz di tekan bertujuan untuk mengaktifkan Contactor tadi. Overload biasanya ditambah pada Contactor untuk keselamatan dan perlindungan. -Star Delta Starter. Sistem pemula Star Delta  lebih kompleks dimana ia mengandungi dua jenis kaedah peyambungan kuasa kepada motor iaitu sambungan Star dan kemudian Delta. Sambungan Star menggunakan lebih banyak kuasa berbanding Delta. Star digunakan untuk memulakan motor yang statik dan selepas beberapa saat ditukar kepada sambungan Delta. -Inverter ...

Pure Water System

Terdapat industri yang memerlukan penggunaan air suling atau pure water. Contohnya industri elektronik atau kimia memerlukan air suling atau tulen dalam menjalankan produksi mereka.  Air suling adalah air yang telah memlalui beberapa proses agar segala kandungan selain daripada air dibuang atau ditapis. Selain daripada komponen bendasing, air tulen juga melalui proses untuk meneutralkan segala cas yang terdapat pada molekul air tersebut.  Proses yang biasa dilakukan kepada air mentah atau (city water) adalah penapisan dan Osmosis Berbalik. Dua proses ini amat popular untuk membuang segala bendasing atau kotoran dalam air.  Proses untuk meneutralkan air dikenali sebagai dionization atau penyah-ion. Proses ini bertujuan untuk meneutralkan air dengan menghapuskan cas yang terdapat pada molekul air (ion -ion pada air sebelum proses).

Waste Water Treatment Plant (System)

Industri yang menghasilkan air tercemar akibat daripada sebarang proses kimia perlu merawat air tersebut sebelum dilepaskan ke persekitaran. Air tercemar tidak boleh sewenang-wenangnya dibuang ke persekitaran dan ia menyalahi peraturan JAS. Kaedah rawatan air tercemar adalah berbeza bagi setiap industry tetapi Jabatan Alam Sekitar telah mempunyai suatu standard tersendiri.

Sistem Pencegahan Kebakaran Di Kilang Atau Premis.

Semua bangunan dan premis tidak kira kilang, pejabat, pasaraya atau gudang mesti mempunyai system pencegahan kebakaran yang diiktiraf oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia. Secara ringkas, sistem pencegahan kebakaranmerangkumi Alat Pemadam Api, Hose Hydrant dan Penyembur (Sprinkler) yang biasanya terletak di siling bangunan. Ianya akan diintegrasikan di bilik kawalan pusat yang mengawal segala isyarat atau operasi kebakaran yang berlaku di premis tersebut. Sistem kawalan ini akan disambung dengan talian talifon dan disambung dengan Jabatan Bomba. Sekiranya berlaku kebakaran, bomba akan dihubungi secara automatik.