Pengenalan Tujuan utama blog ini ditulis adalah untuk berkongsi pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang penyelenggaraan dan elektrikal. Ianya ditujukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Juruteknik atau Jurutera Penyelenggaraan atau yang sudah pun menjawat jawatan tersebut. Segala maklumat yang terdapat dalam blog ini akan dapat digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas secara amnya. Tidak kira samaada anda akan bekerja sebagai vendor/kontraktor atau konsultan. Ataupun anda bekerja di kilang-kilang, tapak pembinaan, hotel/resort, lapangan terbang, komplek bangunan pasaraya, bangunan kerajaan atau di mana-mana sahaja. Anda boleh menggunakan maklumat dalam blog ini sekiranya ia berkaitan dengan bidang tugas anda. Perbincangan di blog ini lebih menjurus kepada skop tugas Jurutera Fasiliti & Penyelenggaraan Elektrik secara umum sahaja. Perbincangan tentang asas penyelenggaraan, mesen-mesen & perincian peralatan tidak akan diulas secara khusus. ...
Membincangkan Tentang Isu-Isu Semasa & Idea2 Teknikal. Atau Apa-Apa Sahaja.